18

1.3K 51 0
                                    

Kini mereka berada di supermarket untuk membeli barang dapur. Amiya menolak troli sambil mata melilau mencari makanan.

Ivan hanya mengekori di sebelah Amiya.

"Akak!"

Amiya dan Ivan berhenti dari berjalan apabila seorang remaja perempuan menghampiri mereka dengan senyuman lebar.

"Boleh tak kalau saya bergambar dengan lelaki sebelah akak tu?"

Amiya berkerut lalu memandang Ivan sekilas. "Untuk?" Amiya menyoal remaja itu.

Remaja itu tersengih. "Lelaki sebelah akak kacak! Saya nak tunjuk dekat kawan-kawan saya yang saya berjumpa dengan lelaki kacak!"

Amiya memandang remaja itu dengan kening dijongket sebelah. Ivan hanya memerhati.

"Awak sedar tak siapa saya sekarang ni?" Amiya menyoal dengan dingin.

Remaja itu teragak-agak mengangguk.

"Siapa?" Amiya menyoal kembali.

"Err, Akak ni mesti bibik lelaki tu." Remaja itu berkata yakin.

Amiya melopong. Ivan pula menggemamkan bibirnya.

"Hello! Awak ada nampak muka saya macam bibik ke?" Hidung Amiya sudah kembang kempis menahan marah.

Remaja itu mengangkat bahu.

"Kalau bukan bibik, takkan lah adik? Muka bibik dengan abang kacak sangat berbeza!" Remaja itu masih memanggil Amiya dengan gelaran bibik.

"Awak dengar sini ye, dik. Awak bukak lubang telinga awak tu luas-luas!"

"Dah." Remaja itu berkata sepatah.

Amiya berkerut. "Apa yang dah?"

"Bukak telinga saya luas-luas lah. Bibik ni ada penyakit nyanyuk ke?"

Amiya mendengus. "Saya ni, Amiya! Bukan bibik! Dan saya ni, isteri kepada Ivan! Bukan bibik!!" Amiya menjegilkan matanya.

Remaja itu mengangguk. "Kan senang kalau akak straight to the point aje. Sebenarnya akak tak bagi kan saya bergambar dengan lelaki kacak tu?"

Amiya mengangguk dengan wajah berlagak. "Memang saya tak izinkan. Awak sila cari lelaki kacak yang lain!"

Amiya menarik lengan Ivan lalu Amiya dan Ivan berlalu dari situ.

"Kenapa tak bagi budak tu ambil gambar dengan abang?" Soal Ivan dengan kening berkerut.

Mulut Amiya ternganga luas. "Abang suka perempuan tu ke?" Amiya menyoal tidak puas hati.

Ivan pantas menggelengkan kepala.

"Mana ada, abang cu--"

"Ha dah tu tak payah nak gatal-gatal ambil gambar dengan dia!" Marah Amiya sebelum dia berlalu dari situ meninggalkan Ivan yang sudah terpinga-pinga.

.

.

.

.

.

.

Sudah seminggu lebih Amiya muntah dan tubuhnya berasa lemah. Apabila Ivan mengajaknya ke klinik, Amiya tidak mahu. Amiya memang susah kalau mahu ke klinik atau hospital.

Amiya terbaring lemah di atas katil. Ivan masuk ke dalam bilik dan Ivan menghampiri Amiya. Ivan duduk di sebelah Amiya yang terbaring lemah.

"Abang keluar pergi beli makanan sekejap. Sayang okey aje kan duduk rumah seorang diri? Nanti abang suruh Pico jaga sayang dekat dalam bilik ni."

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now