19

1.2K 49 0
                                    

Amiya mengambil beg bagasinya yang kosong lalu dia meletakkan di atas katil. Amiya mahu mengemas baju kerana hari ini mereka akan ke rumah mama. Amiya tidak sabar mahu memberitahu mama bahawa tidak lama lagi mama akan menimang cucu.

"Sayang, tolong kemaskan baju abang sekali ye?" Ivan menghampiri Amiya dan merangkul pinggang Amiya dari belakang.

Amiya mengangguk. "Abang lepaskan lah pinggang saya. Macam mana saya nak kemas baju kalau abang datang menempel macam ni."

Ivan meletakkan dagunya di atas bahu kecil Amiya.

"Abang rindu..."

Amiya ketawa dan menampar perlahan pipi Ivan. Ivan tersenyum dan mengucup sekilas pipi Amiya.

"EKHEM! EKHEM!"

Amiya dan Ivan serentak memandang ke hadapan. Terbuntang mata Amiya apabila melihat Ken berada di atas katil sekali dengan pakej duduk bersila.

Ivan meleraikan pelukan.

"Bila masa kau ada dekat situ?" Ivan menyoal. Amiya mengangguk tanda setuju dengan soalan Ivan.

"Lama dah." Ken berkata dengan anak mata digulingkan.

"Lama tu bila?" Amiya menyoal. Risau juga kalau Ken nampak Ivan mencium pipinya.

"Lama dah."

Amiya mendengus halus dan sambung mengemas baju. Malas mahu melayan.

"Ni korang nak pergi honeymoon ke?" Ken melihat ke arah baju yang disusun Amiya ke dalam beg.

"Haah! Honeymoon! Jadi, awak tak boleh ikut." Seloroh Amiya.

Ken membuat wajah menyampah.

"Keluar lah. Saya nak tukar baju ni." Amiya memandang Ken yang masih duduk di atas katil.

"Tukar aje lah." Ken bersuara selamba. Ivan merenung tajam ke arah Ken. Rasa panas pula hatinya apabila Ken menjawab begitu. Berani dia nak tengok bini aku buka baju?

Ivan menghampiri Ken lalu Ivan memandang Ken dengan senyuman manis terukir di bibir. Senyuman manis yang ada maksud tersirat.

Ken yang tahu akan senyuman itu, terus tersengih. "Tiba-tiba kan, aku rasa macam sakit perut. Kau rasa sebab apa erk?" Ken menyoal Ivan. Sengaja mahu mengalih topik.

"Mungkin sebab kau akan kena pelempang dengan aku." Ivan menjawab dengan wajah series.

Ken mengangguk. "Betul juga jawapan kau tu. Aku pergi tandas dulu lah." Ken turun dari katil dan terus pecut keluar dari bilik.

Amiya menggelengkan kepalanya.

"Mana abang pungut Ken tu?" Amiya menyoal dengan mata beralih ke arah Ivan. Ivan mengangkat bahu.

"Abang jumpa dekat tepi jalan. Kesian dia sorang-sorang. So abang jadikan lah dia kawan abang."

"Kesian dia, mesti muka dia comot aje kan? Dengan baju lusuh, lepastu muka penuh jambang..." Amiya membuat wajah kesian.

Ivan berkerut memandang Amiya. "Sayang percaya ke?"

Amiya menggelengkan kepalanya lalu mereka berdua ketawa.

.

.

.

.

.

.

Selesai bersiap, Amiya menarik beg bagasi itu sehingga tiba di sebelah Ivan. Ivan mengangkat beg bagasi dan meletakkan ke dalam bonet kereta.

"Mana Ken ye?" Amiya menyoal Ivan dengan mata melilau mencari Ken.

"Biarkan lah dia. Lagi bagus kalau dia tak ikut, kalau tak..hurm..tak tahu lah apa akan jadi." Ivan bersuara.

Amiya mengangguk setuju.

Mereka berdua masuk ke dalam kereta mewah milik Ivan itu.

"Hai guys!!"

Terhinjut bahu mereka berdua kerana terkejut dengan suara yang datang dari arah tempat duduk belakang.

Amiya dan Ivan serentak menoleh ke arah Ken yang sedang duduk bersila.

"KEN?!" Amiya menyoal dengan mulut ternganga.

"Kenapa kau tengok aku macam muka nampak hantu aje.." Ken bersuara.

Amiya menepuk dahinya.

"Ken. Sila keluar dari kereta aku." Ivan bersuara mendatar.

"Kalau aku tak nak?" Ken menyoal.

"Kalau kau tak nak, aku cium kau."

"Abang!"

Ivan dan Ken serentak memandang Amiya yang tiba-tiba menjerit.

"Sanggup abang curang dengan saya!! Abang nak cium Ken? Omaigad abang! Hatiku ini terasa disiat-siat! Pedih abang! Pedih!" Amiya menepuk-nepuk dadanya dengan tangan mengesat air mata palsu.

"Overnya..mana kau pungut dia ni, bro?" Ken menyoal Ivan. Ivan menghela nafas berat dan mula memandu. Lantak lah kalau Ken itu mahu ikut. Nanti pandai-pandai lah Ivan hantar Ken tepi jalan.

"Lama lagi ke nak sampai?" Ken menyoal. Baru aje berapa saat mereka bertolak.

"Ken, boleh tak jangan tanya soalan macam tu?" Amiya bersuara dengan mata memandang jalan di hadapan.

"Habistu, aku nak tanya soalan apa?" Ken memyoal.

"Tanya lah, berapa umur saya, makanan kegemaran saya, minuman kegemaran saya, negara kegemaran saya, penyanyi kegemaran saya.."

"Taik kau warna apa?" Ken menyoal dengan wajah tidak bersalah.

Ivan mendengus perlahan. "Ken, yang kau tanya tu, isteri aku."

"So?"

STREEEEET!

Secara mengejut Ivan berhentikan keretanya di tengah jalan. Ken yang tidak memakai tali pinggang keledar, terus tersembam ke hadapan.

"Woy! Kau nak aku mati ke?!" Ken menengking kuat lalu menarik telinga Ivan.

"Sakit lah! Kau memang dah mampos pun!" Ivan bersuara kuat dan menepis tangan Ken.

"Kau pun dah nampos! Dasar setan, jin, iblis!" Marah Ken pula. 

"Sudah!!" Amiya mula menepik kuat.

"Korang semua sama-sama dah mampos! Setan jin iblis haa sama aje korang berdua!"

Haaa kan mummy Amiya sudah marah.

"Sayang..." Ivan bersuara lirih memandang Amiya.

Amiya yang baru tersedar akan ayatnya itu membuatkan suaminya sensitif, terus Amiya tersengih.

"Mana ada lah...Miya gurau aje. Abang bukannya iblis, setan, dan jin. Abang suami Miya." Amiya mengedipkan matanya berkali-kali.

"Aku pulak?" Ken menyoal dengan wajah tidak sabar mahu mendengar gelaran yang akan keluar dari mulut Amiya.

Amiya menjeling Ken tajam. "Awak tu syaitan yang OKU!"

Ken melopong dan mendengus.

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon