6

2.1K 83 1
                                    


               Liwiya menutup telefonnya apabila jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Liwiya baring dengan posisi mengiring. Liwiya memandang dinding yang diterangi cahaya bulan.

Tiba-tiba, ada satu bayangan susuk tubuh manusia di dinding yang diterangi bulan itu. Serentak itu, tubuh Liwiya kejung. Liwiya bangun dari pembaringan lalu melilau sekeliling biliknya itu.

Hairan..di dalam bilik itu hanya ada dia seorang. Dari mana bayangan susuk tubuh itu datang? Liwiya terus turun dari katil dan menuju ke pintu kerana dia mahu keluar dari bilik itu. Liwiya berasa bulu romanya sudah meremang.

Dengan secara mengejut, mulut Liwiya ditekup kemas dari arah belakang.  Liwiya meronta-ronta untuk selamatkan diri. Tetapi kudratnya tidak mampu melawan manusia yang menutup mulutnya.

Perlahan-lahan mata Liwiya terpejam rapat.

               Liwiya mencelikkan apabila hidungnya terhidu sesuatu yang busuk. Liwiya melilau sekeliling. Sekelilingnya hanya gelap. Langsung tidak nampak apa-apa.

Liwiya membuat keputusan mahu bangkit dari kerusi yang diduduknya itu. Apabila dia terasa susah mahu bangun, Liwiya terus menoleh ke arah tangannya yang diikat kemas di belakang kerusi. Mulut Liwiya pula sedang ditutup dengan seletip berwarna merah.

Liwiya menjerit dengan sekuat hati tetapi suara Liwiya itu bagaikan tenggelam disebalik seletip yang menutup mulutnya.

"Mesti kau teringin nak mati kan?"

Jantung Liwiya bagai mahu berhenti apabila melihat Ivan sedang menghampirinya bersama gergaji dengan di tangan. Mata Liwiya sudah terbutang luas dengan kepala menggeleng laju. Air mata sudah mengalir keluar. Sungguh dia tidak percaya dengan apa yang dilihat di hadapan mata.

Ivan menarik kasar seletip yang menutup mulut Liwiya. Liwiya berdesis halus apabila mulutnya terasa pedih.

Liwiya kembali memandang Ivan yang sedang memandangnya dengan senyuman senget.

"A..apa awak nak buat?" Tegagap-gagap Liwiya menyoal kerana ketakutan.

"Shhhh. Kau sepatutnya berterima kasih dekat kawan kau sebab kau akan mati di tangan aku."

Liwiya mengerutkan kening. Gila! Lelaki ini gila!

"Apa awak merepek ni?!" Liwiya lantang bersuara.

"Sshhhhh, kau jangan risau. Kau tak akan rasa sakit pun. Cuma..maybe akan rasa sakit sikit. Tahan ye?" Ivan melepaskan tawa sinis.

Sebaik sahaja Ivan mendekatkan gergaji itu di lehernya, Liwiya menjerit kuat. Badannya menggigil ketakutan. Air mata tidak henti mengalir membasahi pipi.

Gergaji itu nampak berkilat. Pasti ianya tajam.

"Okey lah aku bagi kau pilihan. Kau nak yang mana satu? Pisau atau gergaji?" Soalan Ivan itu sungguh membuatkan Liwiya menjerit sekuat-kuatnya.

"Awak gila!!! Awak gila!!!" Jerit Liwiya.

"Kau diam boleh tak?" Ivan menyoal sambil menggosok sebelah telinga. Boleh pekak telinganya mendengar pekikan Liwiya.

"Lepaskan saya lah!!!" Liwiya memekik kuat. Sungguh dia menyesal datang ke rumah Ivan. Rupanya lelaki di hadapannya itu PSYCHO!

"Tolong jangan bunuh saya....apa salah saya?" Lirih nada suara Liwiya dengan air mata mengalir laju.

"Hey. Kau jangan risau. Bukan kau seorang aje yang akan mati." Ivan bersuara untuk menyedapkan hati Liwiya.

Liwiya menggelengkan kepalanya perlahan. Liwiya sudah penat mahu menjerit.

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now