29 [PROSES MENGEDIT SEMULA]

768 34 1
                                    

Tersenyum lebar Amiya apabila melihat Mama masuk ke dalam bilik.

"Wah! Comelnye cucu nenek ni.." Mama duduk di atas katil berhadapan Amiya yang sedang mendukung Aivsya. Mama mencubit lembut pipi Aivsya

"Mama duduk sini lama kan?" Amiya menyoal.

Mama mengalih pandangan ke arah Amiya. "Sebulan.."

Amiya mengangguk. "Mama nak dukung? Aivsya baru lepas menyusu ni."

Kini Aivsya berada di dalam dukungan mama. Mama tidak henti tersenyum melihat cucunya.

"Malam ni mama nak tidur dengan Aivsya lah. Kamu tak keberatan kan?" Mama menyoal Amiya.

Amiya mengangguk. "Boleh aje. Aivsya pun mesti nak tidur dengan nenek dia."

"Ye ye jelah kau! Mana kau tahu yang Aivsya nak tidur dengan nenek dia? Kesian Aivsya kena fitnah." Ken menyampuk dengan badan bersandar di pintu.

"Sibuk ajelah awak ni. Awak ni ada masalah hati ke?" Amiya menyoal Ken.

Ken mengangkat bahu.

"Abang, tengok Ken tu. Abang halau ajelah dia keluar dari rumah ni." Amiya mengadu kepada Ivan. Sakit betul hati Amiya berserumah dengan Setan OKU!

"Kalau kau halau aku, siapa yang nak bagi Aivsya susu?" Ken menyoal dengan kening dijongket.

Mama berkerut tidak faham dengan soalan Ken. Amiya juga turut berkerut.

"Saya lah yang bagi." Amiya menjawab.

"Dasar manusia tak berperikemanusiaan! Selama ni aku yang bagi Aivsya susu! Sejak bila pula kau bagi Aivsya susu?!" Ken menayang wajah tidak puas hati.

Ivan, Amiya dan Mama tercengang.

"Abang, Kita hantar dia dekat rumah sakit jiwa lah abang. Saya takut penyakit sewel dia berjangkit dengan Aivsya."

Ivan mengangguk setuju.

"Mama pun setuju. Risau juga kalau Aivsya ada penyakit sewel. Haa Ivan, Elok lah Ivan hantar Ken ke rumah sakit jiwa."

Ken sudah menelan air liur apabila Mama juga turut series mahu menghantarnya ke rumah sakit Jiwa.

"Ken, pergi kemas baju kau." Ivan mengarah dengan wajah dibuat series.

"Bro..kau..kau memang betul-betul series ke ni?" Ken menyoal sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Bye Ken! Nanti dekat rumah baru, kau bina lah keluarga yang bahagia ye?" Viu yang baru tiba di hadapan bilik Amiya, turut bersuara.

"Ken, Terima kasih ye sebab setia duduk dengan kami. Tak sangka saya akan berjumpa dengan Setan OKU macam awak." Amiya bersuara dengan senyuman diwajah.

"Ken dekat sana nanti jangan nakal-nakal. Nanti kami datang melawat." Mama pula bersuara.


[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now