22 [PROSES MENGEDIT SEMULA]

987 49 0
                                    

Beberapa bulan kemudian,

Amiya duduk di atas sofa lalu melepaskan nafas berat. Amiya memandang ke arah Ken yang sedang duduk di atas lantai sambil merenung perut buncitnya.

"Apa awak buat?" Amiya menyoal.

"Sssshh! Aku tengah cakap dengan Lolo ni." Ken bersuara dengan mata masih merenung perut Amiya.

Amiya berkerut. "Lolo? Siapa Lolo?"

Ken menggulingkan anak matanya. "Nama anak sendiri pun tak tahu."

Mata Amiya terus terbutang. "Kepala hotak awak!!! Buruknya nama Lolo tu!! Dah macam ayat Tolol pun ada." Amiya berkata dengan wajah tidak puas hati.

"Tolol tu kau!"

"Takde ke nama yang menarik sikit?" Amiya menyoal.

Ken mengangguk. "Tetapi aku takut kau menangis terharu sebab nama yang aku akan bagi ni, sangat amaizing!"

Amiya menjongket sebelah keningnya. "Okey, kalau macam tu, cuba bagitahu saya. Nama apa yang amaizing sangat tu."

Ken tersenyum dan duduk disebelah Amiya tetapi masih ada jarak antara mereka. Ken tidak mahu tidur luar malam ni.

"Alubunio abidu."

Amiya tercengang. "Macam bahasa adudu aje." Amiya menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju dengan nama yang dicipta Ken.

"Piopio."

Amiya berkerut. "Boleh tak jangan bagi nama mengarut? Series lah!"

Ken mengeluh. "Kalau macam tu, kau ajelah yang pilih nama untuk anak kau."

Amiya mengangguk setuju. "Ana marisa." Amiya tersenyum bangga dengan nama yang diciptanya.

"Hah anak setan?" Ken menyoal.

"ANA MARISA LAH!" Amiya mengangkat tangan seperti mahu melempang Ken. Ken tersengih dan mengangguk.

"Apasal kau tak letak aje nama Setan Ana Marisa binti Setan Ivan Qarl. Haa kan sedap tu. Ada pangkat setan dekat awal nama."

Amiya mendengus. "Pernah kena cubit?" Amiya menyoal. Ken menggelengkan kepalanya.

"Nak kena cubit tak?" Amiya membuat jari seperti ingin mencubit Ken.

"Sakit ke cubit tu?" Ken menyoal dengan wajah penuh tanda tanya.

Amiya mengukir senyuman dan menggelengkan kepalanya. "Tak sakit pun. Bila awak kena cubit, awak terus menangis sebab terlampau sedap cubitan tu."

Ken berkerut memandang Amiya. "Kau nak rape aku ke? Aku okey je. Tetapi kau kena dapat keizinan dari Suami."

Terbuntang mata Amiya. "DASAR SETAN!!!"

PANG!!!

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now