38 [PROSES MENGEDIT SEMULA]

630 30 1
                                    

Ken merebahkan punggungnya di atas sofa dengan nafas tercungap-cungap.

Ivan yang baru tiba di ruang tamu, hanya berkerut melihat Ken.

"Kau dah kenapa? Penat semacam je.." Ivan duduk bersebelahan Ken.

"Ban...Bang...bangl..." Ken tidak mampu menghabiskan ayat kerana suaranya seperti tersekat di kerongkong.

"Kau dah beli coklat ke belum? Aivsya masih merajuk tu. Tadi pun dia keluar sekejap dari bilik tu sebab nak minum air."

Ken memandang Ivan dengan wajah berkerut. Ken membetulkan kedudukannya.

"Sekarang ni, siapa bapak budak tu?" Ken menyoal.

"Aku lah." Ivan menjawab.

"Dah tu? Apasal kau tak pergi pujuk sendiri! Itu anak kau! Sepatutnya kau yang kena pujuk! Buat anak pandai! Pujuk anak tak pandai pula!"

"Eh setan, sekarang ni..siapa yang buat anak aku tu merajuk?" Ivan pula menyoal dengan kening diangkat tinggi.

"Aku lah." Ken menjawab.

"Dah tu? Kau tak reti nak pujuk balik?"

Ken menggelengkan kepalanya.

Ivan mendengus halus.

"Kau tahu tak apa nama makanan ni?" Ken menyoal Ivan sambil menunjuk ke arah coklat Kinder bueno yang banyak di dalam plastik.

Ivan mengangguk. "Tu kinder bueno lah. Apasal kau ni bengap sangat? Tadi ba-"

"Kenapa aku beli coklat ni?" Ken sambung menyoal. Sengaja mahu memotong percakapan Ivan.

"Sebab kau nak bagi Aivsya lah."

"Haa tahu pun! Jadi Sekarang ni, aku nak pergi pujuk Aivsya! Nak harapkan kau, buat anak ajelah yang pandai."

"Daripada kau, single."

Ken terdiam. Ken terus menuju ke bilik tetamu yang menempatkan Aivsya.

TOK! TOK! TOK!

"JANGAN GANGGU AIVSYA LAH!"

Ken menghela nafas dan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Uncle ada beli Kinder bueno ni, Baaanyaakkk.." Ken berkata dengan senyuman lebar walaupun Aivsya tidak dapat melihat kerana pintu masih tertutup.

Krik krik.

"Aivsya taknak ke? Nanti Kinder bueno ni habis..."

Tiba-tiba pintu dibuka dari dalam. Ken tersenyum lebar.

Aivsya mendongak memandang Ken dengan wajah cemberut. Aivsya menghulurkan tangan kanannya di hadapan Ken.

Ken memandang tangan Aivsya dengan kening dijongket sebelah.

"Apa ni?" Ken menyoal.

"Ini tangan lah!" Aivsya berkata lalu mendengus kecil.

Ken memandang Aivsya lalu Ken merapatkan jaraknya di hadapan Aivsya. Ken duduk cangkung supaya Aivsya mudah memandangnya.

"Kenapa dengan tangan tu?" Ken menyoal. Aivsya mengetap bibir kecilnya.

"Nak tu lah!" Aivsya memandang plastik yang berada di tangan Ken.

"Tu apa?" Saja Ken menyoal.

"Kinder bueno lah!" Aivsya memandang Ken dengan reaksi tidak puas hati.

"Cium Uncle dulu." Ken mengukir senyuman manis.

"Single lama sangat Uncle ni." Aivsya berkata perlahan.

"Uncle masih dapat mendengar tau."

Aivsya menghela nafas berat. "Cium dekat mana?" Aivsya menyoal.

Senyuman Ken makin melebar. "Aivsya rasa, Aivsya nak cium dekat mana?" Ken menyoal dengan kening diangkat tinggi.

"KEN! KAU JANGAN AJAR ANAK AKU BENDA YANG BUKAN-BUKAN!"

Kedengaran suara Ivan melaung kuat.

"Uncle ni nak bagi ke tak coklat tu?" Aivsya sudah naik bosan.

"Kalau Uncle bagi, Aivsya akan merajuk lagi ke dengan Uncle?"

Aivsya mengangkat bahu.

"Okey. Kalau macam tu Uncle taknak bagi." Ken bangun berdiri tegak.

"ISH! SUKA HATI UNCLE LAH!"

Aivsya terus menghampiri katil dan duduk di birai katil dengan mata sudah berkaca. Iyalah, Aivsya teringin sangat mahu makan coklat, lepastu Ken pula melengah-lengahkan masa.

"Baby~ baby~ jangan-jangan tinggalkan aku~ " Ken mula menyanyi lagu Jangan by Aziz Harun sambil menghampiri Aivsya.

"Baby~ baby~jangan jangan merajuk sangat~" Ken duduk di sebelah Aivsya lalu memegang lembut dagu Aivsya dan menarik lembut sehingga wajah Aivsya memandang Ken.

"Sampai ku tunggu~ Sampai kau rindu kan aku~"

Aivsya mula tersenyum.

"Sumpah saaakit~ baby i love youuuuuuu~"

Apabila Ken sudah habis bernyanyi, Aivsya terus memeluk tubuh Ken dengan erat.

"Aivsya minta maaf sebab kurang ajar dengan Uncle..."

Ken turut tersenyum lalu mengusap lembut kepala Aisya.

"Nak coklat tak?" Ken menyoal.

Aivsya meleraikan pelukan.

"Kalau uncle nak makan, Uncle makan lah."

Ken memandang Aivsya dengan pandangan redup. "Jom. Kita makan sama-sama."

Aivsya mengangguk laju dan mereka berdua keluar dari bilik dengan senyuman.

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now