10

1.9K 74 1
                                    

Amiya dapat rasakan belakang badannya sakit seolah-olah dia baru sahaja terjatuh dari langit dan menyembam tanah yang penuh dengan ranting kayu.

"Dik, Dik..."

Amiya sayup-sayup mendengar bunyi suara manusia. Amiya perlahan-lahan membuka matanya. Amiya melihat beberapa manusia berkumpul di sekelilingnya. Amiya lantas bangun dari pembaringan.

"Anak mama!"

Tubuh Amiya dipeluk erat oleh Mama. Amiya mengerutkan kening. Apa yang berlaku? Bukan ke aku tidur rumah Ivan?

"Kenapa kamu tidur dekat sini, Miya? Terkejut mama apabila jiran bagitahu Miya tidur dekat dalam hutan." Mama bersuara sambil mengelap air mata yang bersisa di pipi.

"Kami nampak adik tidur dekat atas atas tanah ni. Kami ingatkan adik pengsan." Salah seorang lelaki di situ bersuara.

"Kawasan ni sepatutnya ada sebuah rumah yang sudah terbiar, tetapi entah bagaimana rumah itu sudah tiada." Ujar salah seorang manusia yang berada di situ.

Amiya mengerutkan kening. Tiada?

"Kalau aku bahagia, aku akan pergi."

Mata Amiya membulat besar. Kata-kata Ivan itu terngiang-ngiang di fikiran. Amiya pantas menggelengkan kepalanya. Adakah Ivan sudah pergi?!

Amiya melilau sekeliling untuk pastikan rumah Ivan masih ada atau tidak. Iye, rumah Ivan memang sudah tiada. Sekeliling mereka hanya dipenuhi pokok-pokok besar.

Cecair jernih yang bertakung di bawah kelopak mata itu akhirnya menitis ke pipi. Tidak sangka pengakhirannya bersama Ivan berakhir dengan perasaan menyakitkan. Air mata Amiya laju mengalir saat teringat memorinya bersama Ivan. Walaupun singkat, tetapi itu sangat bermakna buat Amiya.

Mama mengerutkan kening melihat air mata Amiya laju menurun. "Miya? Kenapa kamu menangis?" Soal mama risau.

Esakan Amiya mula kedengaran.

"Ivan...." Rintih Amiya.

"Siapa Ivan?" Mama menyoal kerana dia tidak faham. Nak kata sahabat Amiya, Amiya mana ada sahabat bernama Ivan.

Amiya menangis lagi dengan kuat.

"Mamaaaa...Miya nak Ivan...Nak Ivan..." Amiya meraung bagaikan kanak-kanak menangis tidak dapat gula-gula.

"Mungkin anak puan masih mamai. Puan bawa dia balik dahulu, bagi dia rehat secukupnya."

Mama menganggukkan kepala mengiakan kata-kata manusia yang berada disitu.

"Miya, jom kita balik."

"Taknak!!" Ajakan mama itu ditolak Amiya. Amiya bangun berdiri dan melilau sekeliling. Amiya pasti Ivan sengaja mahu bermain sorok-sorok dengannya.

Amiya berlari menjauh sedikit dari mereka.

"Ivan!!! Ivan!!!" Amiya memekik kuat memanggil nama Ivan.

"Ya Allah, Miya! Kenapa dengan kamu ni? Siapa Ivan tu?" Mama menghampiri Amiya. Mama memegang tangan Amiya untuk memujuk Amiya. Namun Amiya menepis kasar.

"Ivan...saya nak awak...." Amiya terduduk lemah di atas tanah. Amiya terasa hatinya kosong. Amiya tidak rasa mahu meneruskan hidup. Amiya mahu mati bersama Ivan.

"Miya, kamu kena rasuk ke?" Mama menyoal lagi dengan nada risau. Mana tidak risau kalau anak sendiri berperangai macam ni. Meraung bagaikan orang gila.

"Tak!! Ivan tak akan rasuk, Miya!! Ivan baik!! Ivan sayang Miya!! Ivan kata dia cintakan Miya!!" Jerit Amiya bersama tangisan teresak-esak.

"Aku rasa, lebih baik kamu bawa anak kamu ni pergi berubat." Ujar pakcik itu kepada mama.

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now