36 [PROSES MENGEDIT SEMULA]

620 23 1
                                    

"Kita dah nak sampai." Ivan bersuara.

Amiya terus melilau sekeliling. Eh haah lah! Dah nak sampai!

Apabila kereta Audi r8 sudah terparking di beranda luar rumah, Amiya terus keluar dari kereta dan menerpa ke arah Mama yang sedang berdiri di muka pintu dengan senyuman.

"Mama!" Amiya memeluk mama erat.

"Lama betul Amiya tak jenguk Mama dekat sini." Mama menampar perlahan bahu Amiya. Amiya tersengih.

"Mana cucu mama?" Mama menyoal.

"Maaaamaaaaa~"

Haaa itu bukan suara cucu mama, tetapi jin yang kurang kasih sayang.

Mama tersenyum memandang Ken yang sedang menghampirinya dengan tangan mendukung Aivsya yang masih mamai. Aivsya melentokkan kepalanya di bahu Ken.

"Ken, Mama ingatkan kamu dah tak duduk serumah dengan Ivan dan Miya."

Ken berkerut. "Mama macam halau ken aje." Ken membuat wajah sedih. Mama melepaskan tawa.

"Eh, Mana Viu?" Mama menyoal.

Mereka berempat terus melilau mencari keberadaan Viu.

"HAAAIIII ABANG HENSEM!!!!!" Viu menjerit kuat berdekatan dengan pagar sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah bangla yang sedang berbasikal.

Bangla itu menoleh sekilas ke arah Viu lalu bangla itu terus menghampiri Viu.

Viu sudah cuak. Abe jange wak kito lagu ni abe.

"Adik manis panggil abang ke?" Bangla itu menyoal dengan senyuman menampakkan giginya yang berwarna kuning.

Viu hanya mempamerkan reaksi mendatar.

"Dia ceni au bangla . Tadi aku ingatkan kau ni Justin Bieber! Rupa-rupanya bukan! Aku tengok kau dari jauh...Fuh!! Macam Justin bieber wwoooo!" Viu berkata dengan wajah series.

Bangla itu sudah tersengih apabila Viu memujinya seperti justin bieber.

"Tetapi kan. Bangla nak tahu tak apa beza bangla dengan Justin Bieber?" Viu menyoal. Saja mahu berborak dengan Bangla pujaan wanita.

"Jangan lah panggil abang bangla. Nama abang Telom. Kalau nama panjang abang, Telom Usman bin-"

"Sekarang ni ada ke aku tanya nama kau dengan bapak kau?" Viu menyoal dengan kening dijongket.

Telom menggelengkan kepalanya.

"Haa astu? Yang kau sibuk nak bagitahu apasal? Kau ingat kau artis ke?"

Telom menggelengkan kepalanya lagi.

"Okey kita straight to the point ajelah. Perbezaan Telor dengan Justin Bieber ialah, Justin bieber berkulit putih manakala Telor berkulit ikan hangus. SLAY!!! MANJA KALI DIA ALOKALOKALOKALOK!"

Viu terus masuk ke dalam rumah dan membiarkan Telom yang hanya terpinga-pinga di luar pagar. Siapa Telor?

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now