41 [PROSES MENGEDIT SEMULA]

702 28 0
                                    

"ABANG!!!!"

Amiya bangun dari pembaringan dengan nafas tercungap-cungap.

"Miya!!!"

Amiya mengangkat wajah memandang ke arah Mama, Liwiya, Lucas, dan Adam.

"Miya, Miya okey?" Mama menyoal lalu memegang pipi Amiya. Amiya hanya memandang dengan wajah kosong.

"MIYA! AKU RINDU KAU TAU! DAH SETAHUN KAU KOMA!" Liwiya memeluk Amiya dengan erat.

Amiya terbungkam. S-setahun?

"Miya? Kau okey?" Liwiya menyoal apabila melihat Amiya seperti diam sahaja.

"Bila..Miya koma?" Amiya menyoal.

"Waktu tu kita dalam perjalan nak pergi perpustakaan." Lucas bersuara.

Amiya berkerut. "Lepastu? Kita selamat sampaikan?

"Kau yang tak selamat. Kau kemalangan, Miya." Adam pula bersuara.

"Ja-jadi..perpustakaan, novel hantu.."

Mereka berempat memandang sesama sendiri.

"Kenapa dengan novel hantu?" Mama pula menyoal. Amiya memandang Liwiya.

"kau ada baca novel hantu kan?"

Liwiya berkerut dan Liwiya pantas menggeleng. "Aku ni takut lah dengan benda-benda tu semua! Apatah lagi nak baca."

Aku tergamam dengan kata-kata yang keluar dari mulut Liwiya.

"Tetapi, kau tergilakan sangat dengan hantu waktu tu! Sampaikan kau ajak kitorang pergi rumah hantu!"

"Miya, itu dalam koma kau aje. Jadi, dalam koma kau tu, semua palsu."

Amiya berkerut memandang Lucas. Palsu?

"Aku bahagia bila tengok kau. Aku dah jatuh cinta dengan kau, Amiya."

"Aku takkan tinggalkan kau. Aku janji."

Amiya menggelengkan kepalanya lalu Amiya mencengkam kepala.

"Miya?" Mama menyentuh tangan Amiya yang sedang mencengkam kepala.

"AAAAAGHHH! SEMUA PALSU!!!! PALSU!!!!!! JANJI TU SEMUA PALSUUU!!!"

"Yaallah Miya! Apa yang janji palsu ni?" Mama sudah memeluk Amiya untuk menenangkan Amiya. Tetapi Amiya langsung tidak rasa tenang.

"KELUAR!!! SEMUA KELUAR!!!!" Amiya menepik kuat dengan tangannya memukul-mukul tilam katil.

"Mari, kita keluar. Bagi Miya tenangkan fikiran dia." Mama, Liwiya, Adam, dan Lucas keluar dari bilik Wad itu. Kini hanya tinggal Amiya dengan tangisan.

"KENAPA!!!!! KENAPA KAU PERLU WUJUD DALAM KOMA AKU!!!!!"

"Cik Miya.." Nurse yang masuk ke dalam wad terus menghampiri Amiya.

"KELUAR LAH GILA!!!!!!! KELUAR!!!!"

"Cik! Saya nak bagi-"

"AKU NAK IVAN!!!! KAU BAGI AKU IVAN!!!!!!"

"Siapa Ivan tu Cik? Suami Cik ke?"

"DIA SUAMI AKU!!!! KENAPA KAU TANYA?! HAH!! KAU SAJA NAK RAMPAS DIA DARI AKU!!!! DIA AKU PUNYA!!!!!!" Amiya memekik seperti orang tidak waras.

"Cik nak saya panggilkan Suami Cik?"

"DIA TAK WUJUD LAH!!!! DIA TAK WUJUD!!!!!"

"Err Cik, saya rasa Cik dah kena berpindah ke hospital sakit jiwa."

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now