CHAPTER 3 - Lamaran

2K 85 6
                                    

Hatiku panas.

Sungguh panas.

Aku kerling jam di tangan kiriku menunjukkan jam 3.30 p.m.

Penat. Penat dengan perangai manusia.

Aku baru balik dari sekolah, lewat sedikit dari kebiasaanya kerana sekolah tempatku mengajar menganjurkan Program Sambutan Hari Kemerdekaan. Sudah tentu aku sebagai guru perlu mengambil bahagian dalam program tersebut.

namun bukan itu yang membuatkan hati ku membara.

Panggilan yang aku terima selepas sahaja aku selesai solat zuhur di surau sekolah sangatlah merunsingkan jiwa aku.

Kelam kabut aku pulang kerumah untuk mengambil satu barang yang ditinggalkan oleh seseorang pada ibuku.

Sudah 2 minggu barang itu ibu kirimkan padaku, namun aku masih belum berkesempatan memulangkan barang tersebut pada tuannya.

Panggilan ibu tadi seperti memintaku untuk menerima si dia.

Haihlah dah orang tak nak, pastu dia nak paksa-paksa pula. Stress hidup aku.

Aku bergerak menuju ke Cafe TeaPi yang kami janjikan untuk berjumpa. Kalau dia tak datang memang aku buang cincin merisik yang diberikan padaku itu.

Masuk sahaja dalam Cafe itu, satu wajah familiar menggamit pandangan ku. laju kaki menuju ke arahnya.

Aku duduk di hadapan lelaki itu. Aku sedikit terkejut dengan susuk tubuh lelaki itu yang jauh lebih tinggi dan tegap. Rasa terkejutku disimpan rapi, aku datang ke sini kerana ingin memarahi dan memberi amaran kepada lelaki itu bukan mengagumi tubuh lelaki itu.

tanpa membuang masa aku terus menyerangnya terlebih dahulu.

"Apa yang awak cuba buat ni Ammar? Kenapa awak masuk meminang saya??! kan saya dah tolak berkali-kali.. Tolong lah give up!!" tanpa salam aku terus menyerang.

"apa yang aku buat?" kata Ammar mengangkat kening kanannya..

"awak jangan pura-pura tak tahu. Ibu call saya. Ibu cakap awak nak beri saya masa lagi? apa maksud awak? saya dah kata saya tak mahu. Dan saya tak suka!" aku meluahkan rasa marah.

"10 years Azzira. aku tunggu kau. Aku ingat janji yang kau buat." jawab Ammar tenang.

"Jangan jadi gila boleh tak? awak nak balas dendam kat saya ke macam mana?" kataku kasar.

Fuhh panas hati aku menghadap jejaka dihadapanku ini. Azzira. Satu-satu lelaki yang memanggilku Azzira selain keluargaku.

"I told you Azzira. aku nak kau. Kau tolak aku mentah-mentah without any explaination?"

"Saya benci lelaki. saya tak suka. saya tak nak ada kaitan dengan lelaki."

"Kau cabar aku. Aku sahut cabaran kau. Jadi manusia, berbakti pada masyarakat pada negara. Macam kau juga. tapi skop aku lain. aku try hard gila untuk capai expectation kau. semata-mata untuk dapatkan kau. tapi kau tolak aku." ujar Ammar dingin.

meremang tubuhku mendengar suara Ammar yang dingin. Nampak aura garangnya.

"Awak kalau tak ikhlas berbakti pada negara pada masyarakat. Baik tak payah jadi manusia. Awak ungkit semua ni boleh ubah ke apa yang terjadi dulu?" marahku lagi. Aku tidak mahu berhubungan dengan Ammar. Cukuplah sekali.

"Awak tak faham ke kenapa saya tolak awak ? Darjat kita berbeza. awak duduk dekat Istana saya duduk di reban ayam." luahku keras. Bagai memahatkan dalam kelapa Ammar bahawa kami memang tidak layak bersama.

Sungguh aku mahu dia lupakan aku. aku cuba menyedarkan dia bahawa kami tidak sepadan.

"Saya tak suka orang kaya macam awak hina keluarga saya. Saya tak kisahlah awak jadi manusia ke penyangak sekalipun. saya tak nak.  Saya lagi rela jadi andartu dari berkahwin dengan lelaki." marah Azzira lagi.

HEART'S DEAREST (COMPLETED)Where stories live. Discover now