CHAPTER 31 - Culik

1.7K 59 0
                                    

Aku memandang Safiyah yang ralit menjemur pakaian diluar rumah.

lepas sahaja Ammar keluar dari dari rumah aku subuh tadi, aku bersiap-siap untuk melepak dirumah Mak Itam. Mak Itam nak mengajar aku untuk masak Ngiu Chap beef noodle.

Lagipun Mak itam memang dah pesan supaya lepak rumah dia kalau aku rasa bosan, sempat juga aku bersarapan lempeng kelapa cicah sambal Mak Itam.

padu gila tapi pedas,

"mak itam punya sambal tak pernah tak padu. Nanti zira dah balik sana macam nak lepas rindu dengan sambal mak itam ni." kataku manja.

Disini aku dah macam anak angkat Mak Itam dan Pak itam, merekalah yang menjaga keselamatan aku, memberi aku tunjuk ajar untuk survive di tempat orang, malah Safiyah juga turut memberi bantuan sekiranya aku tidak memahami loghat orang sabah yang pekat.

Mujur ada mereka sekeluarga, sekurangnya, aku ada tempat bergantung.

"cikgu, nanti kita main air dekat sungai hujung tu nak tak?" ajar Safiyah kepadaku.

"Okay jom" balasku teruja.

kami berdua bergerak ke sungai belakang berdekatan dengan rumah Mak Itam. Agak tersorok dengan kawasan kampung kerana kawasan air terjun yang deras dan dalam.

Aku dan Safiyah bermain air ditepi sungai,

"mak cakap cikgu tengah mengandung betul ke?" tanya safiyah berhati-hati mungkin dia tidak mahu menggores hati aku dengan pertanyaannya.

"hmm betul lah tu." balasku sambil tersenyum.

"kenapa cikgu sorang-sorang dekat sini? maksud fiya, suami cikgu tak ikut cikgu ke?" tanyanya lagi.

"hmm, suami cikgu busy, dia jarang balik rumah sebab outstation jadi cikgu mohon dekat sekolah area sini." aku menipu sunat.

"ohhhhhh fahamm." balas Safiyah sambil mengangguk.

"cikgu ceritalah love story cikgu dengan husband cikgu.."Pinta Safiyah mengusik aku.

aku geli hati dengan reaksi safiyah yang menggedik nak dengar kisah cinta aku dengan Ammar.

"Cikgu kenal bakal suami cikgu tu masa kitorang sekolah lagi. dulu husband cikgu budak nakal, kalau tengok result dia konfem orang ingat budak ni budak tak da masa depan. lepas tu dia confess dekat cikgu, cikgu ni sombonglah juga dulu hahahhahah" ceritaku.

"cikgu cabar dia jadi manusia untuk masyarakat untuk negara. Lepas tu dia macam tercabar dia masuk Maktab Tentera Diraja. Selepas 10 tahun kami tak jumpa, dia masuk meminang cikgu." Ceritaku lagi.

"Then cikgu pun setujulah dengan pinangan dia walaupun pada mulanya cikgu tak nak."

"Alhamdulilah, walaupun masing-masing busy dengan kerjaya sendiri, kami berdua berhubungan baik je." kata ku sedikit tipu bahagian akhir tu.

Gila ke aku nak cerita pasal suami aku yang menjadi pembelot negara ni.

Aku pun gila juga sebab terima semula Ammar dalam hidup aku walaupun aku tahu pekerjaannya sekarang sangatlah salah disisi Undang-undang.

kemudian  kami berdua bergosip mengenai sekolah, macam mana mak Itam dan Pak Itam bercinta sampailah wujudnya Safiyah ni.

masing-masing bergelak ketawa dengan kerandoman ini.

" ehhhh cikgu, fiya nak pergi ambil air sekejap dalam rumah" kata Safiyah seraya bangun dari duduknya.

"sekejap au cikgu."

aku mengangguk mengizinkan. Susuk tubuh Safiyah yang hilang disebalik semak samun itu aku biarkan.

Kemudian aku bermain air seorang diri.

HEART'S DEAREST (COMPLETED)Where stories live. Discover now