CHAPTER 42 - HEART'S DEAREST (THE END)

2.8K 74 8
                                    

Aku mencekak pinggang melihat kelaku dua beranak di hadapan aku ini.

"Tengku Ammar Thaqeef! Tengku Adiel Thaqeef!!" Lantang suara aku memanggil mereka berdua.

Terkedu insan-insan kesayangan aku itu.

Perlahan-lahan mereka berpaling kearah aku.

"Mama dah kata kann, jangan sepahkan library mama" kataku geram.

Ammar menelan air liur manakala Adiel masih tersengih-sengih melihat mamanya marah.

"Heart's dearest.. abang carikan novel yang heart's dearest nak tu" kata Ammar memberi alasan.

Aku menjeling Ammar.

Suka hati dia je, penat orang susun cantik-cantik dia sibuk bersepahkan balik.

"Ma.. ma.. ma..ma" ucap Adiel yang berusia 2 tahun itu sambil ketawa.

Aku ni semamang lemah dengan anak bapak ini mula tersenyum.

Adiel aku ambil di riba Ammar.

"Anak mama ni kalah tak nakal macam papa tak boleh ke? Letih mama nak layan" kataku sambil menggomol Adiel.

"Eleh mama action je lebih. Dulu masa Adiel dalam perut mama, papa juga yang dicari. Tak adil tau mama Adiel ni" kata Ammar menarik aku agar bersandar di bidang dadanya.

Elok anak beranak bercuddle dalam mini libraryku ini.

Adiel bersandar pada dada aku, aku bersandar pada dada Ammar dan Ammar bersandar di rak buku aku.

Ammar memeluk pinggang aku. Wajahnya disembamkan di belakanh leher aku.

"Heart's dearest." Panggil Amamr pelahan.

"Abang cemburu dengan Adiel" kata Ammar sayu membuatkan aku ketawa kecil.

"Lah kenapaa" aku melayan Ammar.

"Abang pun nak manja-manja dengan heart's dearest abang. Heart's dearest dah lama tak menggedik dengan abang. Abang rinduu" kata Ammar sedih.

Aku menoleh ke arah Ammar.

Wajahnya aku renung lembut. Pipinya ku kucup sekilas.

"Ma..maa. aba aba" sebutan Adiel tidak jelas.

Aku meletakkan Adiel ke bawah biarkan Adiel bermain dengan mainannya.

Aku bergerak kebelakang mengahap Ammar.

Wajahnya aku pegang.

Rahangnya aku usap.

Aku mencium kedua-dua pipinya.

Kemudian dahinya aku kucup turun ke hidup dan akhir sekali aku mengucup bibirnya lama.

"Kesian suami Ira.. malam nanti ira pujuk lebih-lebih okay?" Kataku separuh mengusik Ammar.

"Heart's dearest.." Kata Ammar perlahan.

Tangannya meraih dagu aku.

Aku mahu menolak Ammar namun renungkan matanya membantutkan tingkah ku.

"Abang.. tak mau lah..Adiel ada ni" kataku malu.

"Adiel pandang tempat lain tu" kata Ammar perlahan.

Dapat aku rasakan deru nafasnya dipipi aku.

Aku tersenyum mendengar balasan Ammar.

Dapat aku rasakan bibirnya memaut bibirku kemas.

Perlahan-lahan bibir Ammar mengurut bibirku.

Aku yang mudah terbuai dengan sentuhan Ammar mula melingkarkan tanganku di leher Ammar.

HEART'S DEAREST (COMPLETED)Where stories live. Discover now