CHAPTER 10 - DeepTalk

2K 77 5
                                    

Ammar menarik aku masuk semula kedalam bilik.

Terus aku berselubung di atas katil, sejuk woii.

Ammar kulit biawak kot sampai bukan aircon kuat-kuat.

Aku pandang Ammar yang bersahaja bersandar pada kepala katil.

"Come here.." panggil Ammar sambil menepuk lengan dia.

Aku apa lagi terus menyerang Ammar.

Kepala aku sandar pada bidang dadanya yang berlapik T-shirt nipis berwarna hitam.

aku memainkan jari aku di sekitar dadanya.

Menikmati bau natural Ammar yang wangi.. mata aku semakin layu.

" Macam mana aku boleh in love dengan kau.. Aku pun tak tahu. Yang aku ingat time tu kau form 2 tak silap. Akhir tahun macam tu, kau lari dari kena kejar dengan seorang budak lelaki yang tengah pegang katak."

Damnn.. ya Allah.. memori paling memalukan.

"dah takut sangat sampai terjun tangga. Lepas tu jatuh atas orang.. lepas tu dia nangis macam dia yang terpaling cedera. padahal dia nangis sebab katak kecik tu" cerita Ammar separuh mengusik aku.

"Disebabkan orang tu jugak lah orang kat sini kena simen tangan kiri." perli Ammar membuakan aku terkekeh kecil.

Kesian Ammar, Dah lah salah si Alif tu pastu Ammar pula jadi mangsa aku.

"Since that, aku perasan orang tu selalu sangat pandang aku senyap-senyap. Rasa bersalah lah tu" kutuk Ammar lagi.

Aku cubit perut Ammar.

"Mana ada orang tengok senyap-senyap. orang terserempak okayy." aku menafikannya.

"Start from 5 yang aku confess tu, aku memang dah suka kau dah Azzira. tapi dia pulak anti lelaki sampai cabar aku jadi manusia berguna pula." cerita Ammar lagi.

Malu aku bila fikir pasal 10 tahun lepas. Kenapa memori Ammar kuat sangat ni!

"Sebagai anak jantan mummy, aku pun terus lah mohon maktab RMC, even ayahanda naik hantu gila dengan keputusan aku. But thanks to you, Aku mula rapat balik dengan mummy dengan thalia. knowing you is such a blessed. Thats why mummy sayang sangat dekat kau "

Ammar mencium ubun-ubun aku.

"at first I thought it just a stupid crushes. But i dont know why, i keep thinking about you. For 6 years fikir pasal kau even though ramai lagi awek maktab nak aku. and The day i saw you 2 years ago dekat RNR pagoh aku cakap dekat diri aku untuk percayakan takdir Allah." Kata Ammar tenang.

"For 10 years Azzira. Aku yakin kau untuk aku. Biarlah 10 tahun atau 20 tahun sekalipun. Aku sanggup tunggu kau."

Aku bangun dari pembaringan aku.

Aku melekapkan kedua-dua tangan aku pada wajah Ammar.

Bibirnya aku kucup sekilas membuatkan Ammar membesarkan matanya.

"Thank you sebab jaga hati awak untuk saya." kata aku perlahan.

" sejak ayah meninggal, i lost my trust on men. i just trusted my baby brothers thats all. Impian saya cuma mahu bahagiakan ibu dan adik-adik saya. Saya bukan tak nak percayakan awak Ammar. saya cuba.." kata aku sambil memandang wajah Ammar yang masih merenung aku.

"i have bad memories with men. Sebab tu saya takut. saya takut dikecewakan. " Jelasku padanya.

"Awak lelaki pertama yang saya sendiri cuba nak percaya Ammar. sebab awak suami saya. Awak pembimbing saya. Tapi saya takut awak akan kecewakan saya juga. Saya takut awak akan tinggalkan saya lepas tahu segalanya." luahku sayu.

HEART'S DEAREST (COMPLETED)Where stories live. Discover now