SPECIAL CHAPTER 5 : Do You Love Me? (LuqmanMirhan)

1K 45 0
                                    

(Mirhan POV)

Selepas malam itu, paginya aku dapat tahu Luqman mempunyai operasi.

Sudah 2 minggu aku tidak bersua muka dengannya.

Aku menghidangkan makanan kepada mama dan papa.

Biarlah suami buat hal, asalkan mertua aku masih sayangkan aku.

Entah sampai bila Luqman mahu mengurung aku.

Salah aku juga, sedangkan dia dah minta aku tolak lamaran keluarganya tapi aku masih bersetuju.

Kelakar mirhan.

"Assalammualaikum." Bunyi seseorang memberi salam.

Aku kedepan untuk membuka pintu.

Terkedu aku melihat suami aku dengan uniform yang comot pulang ke rumah mama.

Aku menyalam tangannya. Mujur dia tidak menolak aku.

Luqman menyalam tangan mama dan papa sebelum naik ke atas.

Aku terus meminta izin dari mama papa naik keatas.

Aku masuk kedalam bilik.

Luqman tengah mandi.

Sedang aku siapkan pakaiannya. Suara Luqman dibelakang mengejutkan aku.

"Kau mengandung?" Tanya Luqman dingin.

Aku cuma diam namun aku tetap menggelengkan kepalaku.

Dia juga diam.

Luqman menarik aku untuk memandangnya.

"Lepas aku buat kau macam-macam kau masih ada dekat sini mirhan? Apa yang kau nak sebenarnya. Aku tak ada harta untuk kau kikis. Mak bapak aku tak sekaya mak bapak kau." Tanya Luqman tenang.

"Sebab awak suami saya."

"Ayat murah yang kau gunakan mirhan?" Sinis suara Luqman.

"Itu hak awak untuk percaya atau tidak. Selagi diri saya ni masih memegang status sebagai isteri Luqman Ziqqim. Selagi itu saya tak akan lari dari awak." Balasku tenang merenung matanya.

"Lakukan apa sahaja yang awak mahu. Seperti yang awak cakap.. setelah awak jumpa wanita yang awak rasa terbaik.. awak akan lepaskan saya. Dan saya akan terima takdir saya dengan ikhlas." Aku tidak gentar dengan lelaki seperti Luqman

"Saya tak akan minta cerai luqman. Saya tak akan sesekali sebut perkataan itu melainkan awak yang bangkitkan."

"Maruah saya.. jiwa saya, cinta saya dengan mudahnya awak pijak sesuka hati. Mungkin sebab saya bodoh beri hati pada orang yang salah." Aku merenungnya tajam.

Aku menghela nafas panjang.

Satu senyuman manis aku berikan kepada Luqman yang masih diam membeku dihadapanku.

Pipinya aku usap lembut.

"Saya sedih, suami saya tak sebaik lelaki dalam drama ataupun novel saya baca. Tapi saya yakin, akan datang saatnya sama ada awak mencintai saya semula atau awak lepaskan saya. Apa pun keputusan awak. Saya terima luqman. Saya cuma isteri aturan keluarga awak. Saya tak berhak memaksa hati awak untuk saya." Kataku tenang.

Tawar hati? Tidaklah.

Aku masih mempunyai perasaan terhadapnya.

Tidak mudah aku move on dari dia. Biar masa yang menentukan.

"Awak mesti penat.. awak restlah dulu. Kalau awak lapar bagitahu nanti saya hidangkan" kataku lembut.

Aku mahu turun semula kebawah, namun tangan Luqman memegang lenganku erat.

HEART'S DEAREST (COMPLETED)Where stories live. Discover now