CHAPTER 25 - Pertemuan

1.5K 66 1
                                    

Aku cuba menenangkan diri aku sebaik sahaja dia keluar dari bilik aku dengan wajah yang marah dan tertekan.

Ya Allah.

Ya Allah

Astagfirullahalhazzim

Astagfirullahalhazzim

Astagfirullahalhazzim

berkali-kali aku menyebut kalimah itu.

Aku takut.

Aku tak tenang.

Jantung aku berdebar kuat.

Tanganku menggeletar.

Dugaan apakah ini?

Kenapa Allah hadirkan sesorang yang mirip dengan Ammar sedangkan dia sudah meninggal?

Tapi suara lelaki itu.

Mata lelaki itu.

Gerak tubuh lelaki itu.

Bau lelaki itu.

Sama.

Sama dengan Dia.

Sama seperti Ammar Thaqeef suami aku.

Tolong aku ya Allah.

Jangan beri aku harapan Ya Allah.

Sungguh aku rindukan dia.

Aku tak sanggup nak hidup dalam harapan ya Allah.

Betul kah itu Ammar? atau pelanduk dua rupa? atau imaginasi aku semata-mata?

Dengan pantas aku mencapai tudung aku yang dibuka oleh lelaki itu sebentar tadi.

Sempat aku menitip pesan pada gadis-gadis yang bersembunyi untuk kekal dia tempat persembunyian masing-masing.

Aku terus keluar rumah mencari lelaki itu.

Sumpah aku cuma mahu memastikan lelaki itu bukan Ammar.

Terpaku aku melihat lelaki itu sedang tertunduk dan menepuk dadanya dengan kuat.

Lama aku memerhati lelaki itu sebelum dia meraup mukanya dan berlalu menuju ke arah hutan.

Aku mengikutinya dari belakang.

10 minit aku mengikuti langkah laju lelaki itu.

nak patah balik aku takut.

Hutan ni gelap. Aku pun bodoh tanpa persediaan mengekor lelaki yang aku tidak pasti dia baik atau tidak.

Rasa mahu menangis tapi aku teruskan juga langkah aku mengikuti lelaki itu.

Sebaik sahaja dia berhenti dikawasan mansion yang mewah.

Tak sangka rupanya wujud mansion sebesar ini di kawasan pedalaman ini.

Bunyi air terjun yang laju juga menyapa pendengaran aku.

Aku memerhati semula lelaki yang aku ekori itu.

Dia terus menerpa ke arah seorang lelaki yang sedang ketawa memegang sebotol air yang aku boleh jangkakan sebotol arak.

"Kau memang sial Botak. memang sial" Sergah lelaki itu garang lalu menghumban lelaki yang bernama Botak itu kebawah.

Aku terkejut dengan situasi tersebut. Aku terus menyembunyikan diri aku tepi pokok.

Takut menguasai diri aku.

************

(Ammar POV)

"Kau memang sial Botak. memang sial" Jerkah aku garang lalu menghumban lelaki yang bernama Botak itu kebawah.

"Kau tipu aku sial" jeritku marah.

HEART'S DEAREST (COMPLETED)Where stories live. Discover now