SPECIAL CHAPTER 7 : Trust (ZaidanAina)

1K 37 0
                                    

(Aina POV)

Aina memandang Zaidan yang sedang fokus dengan tabnya.

"Kenapa pandang Biy macam tu sayang?"

"Sayang rasa Biy kena explain something." Balas Aina masih tajam merenung Zaidan.

Zaidan mula tak senang duduk. Takut rancangannya pecah.

Isterinya bukan boleh, tahu sahaja kalau dia menyembunyikan sesuatu.

"Apa?? Biy ada buat salah apa?" Tanya Zaidan cuba menutup debaran dihati.

"Aina tengok jadual biy minggu depan. Biy kena pergi Maldives? Buat apa sampai seminggu?" Tanya Aina curiga.

Sudahlah minggu depan cuti pertengahan tahun.. baru je niat nak ajak Zaidan balik kampung ke, pergi bercuti ke.. hurmm tapi suami asyik busy je dengan kerja.. balik kampung sensoranglah gamaknya. Bisik hati Aina.

"Ohhh ada tender dari sana, nak tengok site je" Kata Zaidan mengauta isterinya.

"Oh.. ingat nak pergi honeymoon dengan bini nombor dua" Balas Aina menjeling Zaidan yang sedikit terkaku ayat Aina.

"Takkan lah biy nak duakan isteri kesayangan biy. Awaklah satu-satunya yang pegang hati biy ni sampai syurga nanti" balas Zaidan lembut.

Zaidan mula bangun dari meja kerjanya menuju ke arah Aina yang kelihatan masih ragu-ragu dengan kesetiaannya.

Zaidan terus memeluk isterinya yang sedang menyusun kertas exam pelajarnya.

"Biy sayang isteri biy. Jangan pernah ragu-ragu dengan biy." Bisik Zaidan lembut.

"Mana ada sayang gurau je biy, tak payah nak cuak sangat" kata Aina ketawa kecil.

"Tapi masa biy pergi, sayang ingat nak balik kampung.. lagipun dah start cuti pertengahan tahun. 2 minggu kat rumah pun sendu jugak" Aina meminta izin untuk pulang ke kampung.

Zaidan terdiam sebentar.

"Hmm yelahh, nanti hari selasa biy hantar balik johor, flight biy pagi rabu" balas Zaidan membuat keputusan.

"Tak penat ke nak ulang alik nanti?" Tanya Aina pelik.

"Biy risaulah nak biar sayang drive sorang-sorang" balas Zaidan lembut.

Zaidan mula menarik Aina kedalam pelukannya dengan erat.

"Hmmm yelah.. nanti sayang kemaskan barang biy sekali" kata Aina membuat keputusan.

Aina hanya membiarkan suaminya memelukknya erat

"Biy.. "

"Hmm.."

"Naju dapat baby boy.." kata Aina tergantung.

"Seriously? Good for her.. mesti ikut muka Ammar." balas Zaidan ringkas.

"Biy tak rasa apa-apa ke?" Tanya Aina berhati-hati.

"Nak rasa apa pulak?" Tanya zaidan pelik.

"Kita pun dah nikah 5 bulan, tapi masih negative" kata Aina perlahan.

Sedihlah sikit, dia pun menginginkan zuriat sendiri. Tapi Zaidan masih tenang lagi, walaupun dah diasak banyak kali oleh ibunya sendiri tentang anak.

Zaidan mencium dahi Aina lama.

"Anak tu rezeki. Mungkin Allah nampak kita masih belum bersedia dengan kehadiran seorang bayi. Insya Allah pada masa yang tepat nanti Allah mesti beri pada kita. Doa banyak-banyak sayang." Pujuk Zaidan lembut.

"Hmmm.. lagipun sekarang kan kerja kita tak menentu, biy busy dengan bussines, sayang busy dengan sekolah dengan program semua. Cuba bayang kalau kita ada anak dalam keadaan kita macam ni, kesian anak kita tak dapat perhatian kita nanti." Pujuk Zaidan lagi.

HEART'S DEAREST (COMPLETED)Where stories live. Discover now