CHAPTER 7 - kenduri

2.2K 81 3
                                    

Malam berinai aku berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah, settle dua majlis.

Walaupun berkicap jugaklah aku ber- photoshoot dengan baju-baju berkonsepkan Arab, Bollywood dan Hollywood di tengah malam yang panas nauzubillah. Mujur dua kipas besar diletakkan di tepi kanan dan kiri pelamin. Lega jiwa raga aku.

Aku aku bersukur lepas sahaja photoshoot nikah tadi, mummy terus menyuruh Ammar balik ke homestay sebab nak jaga seri pengantin.

Aku bukan apa, malu woi kalau dia ada time aku syok berposing masa malam berinai nanti.

Sebaik sahaja menghantar kepulangan tetamu, genap pukul 12 aku masuk kedalam bilik aku. Sumpah penat. sakit pipi aku asyik senyum je. Tak tahulah kenapa kahwin ni penat sangat.

Masuk sahaja dalam bilik terus aku merebahkan diri aku atas katil. Jangan kejut aku sampai lusa boleh tak?

Aku melelapkan mata beberapa minit, namun aku merasakan muka aku semakin basah. terasa ada yang sedang membelai lembut wajahku dengan tisu basah?

Terus aku buka mata aku.

Damnn.

Ammar Thaqeef buat hal datang rumah pengantin perempuan malam-malam buta.

"Apa awak buat kat sini???" kata aku sedikit terkejut.

Terus aku bangun dari pembaringan aku, dan Ammar masih kekal duduk diatas katil.

"padam make up kau lah?" jawabnya polos.

Ehh budak ini.

"bukann.. Macam mana awak boleh ada dekat sini? mummy kan tak bagi awak datang" tanya aku hairan.

Ammar tersengih. Tahu dah aku mesti budak ni larikan diri.

"Aku teringin jugak nak tengok heart's dearest aku ni pakai baju lawa-lawa, mana tahu ada iras orang arab ke, iras kajol ke, iras angelina jolie ke" Kata Ammar  menarik aku dekat padanya.

"Kesian Heart's Dearest aku ni nampak penat sangat, tak sampai hati aku.. tu yang tolong lap muka tu." jelas Ammar lagi.

Tangannya memeluk pinggang aku erat. Rasa tak selesa tapi aku biarkan sahaja.

Kemain gatal nak sentuh-sentuh orang.

"Buka eh?" Ammar meminta izin aku untuk membuka tudung selendang aku.

merah muka aku, tapi aku mengangguk mengizinkannya.

Ammar mencabut peniti yang tersemat dengan berhati-hati. sanggul aku yang diikat dengan getah rambut dibuka. Terburai rambut aku yang panjang sampai ke pinggang.

Rambut aku yang terurai Ammar selitkan ke belakang telinga.

"heart's dearest.." Panggil Ammar lembut dengan suara garaunya.

Berdebar jantung.

"Cantik."

pelukan Ammar makin diketatkan.

sumpah berdebar.. maluu.

Wajahnya menunduk wajahnya ke bahu aku

"Wangi." kata Ammar sepatah.

Jantung aku dah tak boleh nak slow dah..

Ya Allah Ammar.. ada juga kang yang bergelar Duda berhias kejap lagi.

Ammar tarik wajah aku keatas untuk memandang matanya.

Mata hazel yang redup itu membuatkan aku terbuai sehinggakan aku tidak merasai tangan Ammar menarik zip dress merahku.

HEART'S DEAREST (COMPLETED)Where stories live. Discover now