CHAPTER 16 - Tugas

1.6K 58 0
                                    

Kertas peperiksaan akhir tahun aku agihkan kepada murid-murid aku,

Soalan spot semua cikgu dah kasi awal-awal kalau kamu tak baca memang nasib kamulah.

testpad yang mempunyai lambang sekolah juga aku agihkan pada kelas 4 Melati.

pelajar moral dan pelajar pendidikan islam diasingkan bagi memudahakn aku untuk mengedarkan kertas peperiksaan.

"Pelajar semua boleh mula menjawab sekarang" Kata aku memberi arahan.

Aku menunggu kehadiran cikgu yang akan datang ke kelas ini, tak kan pula aku mahu meninggalkan mereka yang masih menjawab soalan, mesti nanti muncul toyol-toyol tak rasmi nanti.

mujur sahaja selepas ini kelas aku tiada, kalau tidak memang aku bebel pada cikgu yang lambat ni.

"assalammualaikum, maaf cikgu lambat." ujar seseorang di muka depan pintu secara perlahan.

Terkedu aku melihat wajah itu, cepat-cepat aku keluar dari kelas itu. pandai-pandai lah cikgu tersebut menguruskan pelajar.

Perasaan takut mula menyelubungi aku.

bicara Ammar 3 bulan yang lepas mula menghantui aku.

"Siapa Zafir" dan aku hanya mampu menukar topic.

lamunan aku terhenti setelah mendengar suara seseorang.

"Najwa?" panggil seseorang membuatkan aku kaget.

Terus aku mendongak wajahku.

"Kau kenapa?" tanya Aina yang baru sahaja masuk dalam bilik guru bersama husna. mungkin baru lepas makan tengah hari.

Aku menggelengkan kepala aku menandakan aku okay.

"Korang ada kelas ke sekejap lagi?"

"aku ada last waktu nanti" balas aina ringkas.

"Una tak da, nak bergosip sekejap dengan cikgu depan. Bye guyss" kata una sambil melambai diva.

Aduh husnaku sayang sangat menghiburkan.

"Aku gerak dulu naju. byee" kata aina sambil mengambil fail diatas mejanya.

Aku mengemas barang aku untuk balik, mahu singgah mcd sekejap sebelum merempat dalam office Ammar.

Aku pun memesan 2 set ayam mcd pedas, oreo McFlurry dan 1 set beef prosperity. Tak tahulah tapi tekak aku teringin nak makan.

Sebaik aku keluar dari persimpangan drive-thru, kereta aku dihalang sebuah kereta Produa Aruz.

Kereta myvi aku ni sekecil alam je, tak kan tak nampak kot. Geram aku.

Gerangan yang keluar dari kereta itu membuatkan aku terdiam. kereta semua dikunci.

"Najwa bukak pintu ni" balas orang itu kasar.

"Bukak lah cepat" marah orang itu lagi.

"Kau nak apa?!" tanya aku, hanya sedikit sahaja aku buka tingkap sebelah pemandu.

"Aku nak kau, tolong lah bukak sekejap. kau tak nak jumpa aku ke najwa?" pujuk orang itu

"Pergi mampos, aku dah kahwin. Aku tak kenal kau, aku tak nak jumpa kau.

"Najwa!! Bukak!" lelaki itu mengetuk tingkap aku kuat.

"Zafir!! pergilah!  jangan ganggu aku" marah aku.

Terus aku mengundurkan kereta ke belakang lalu pecut ke kem Sungai Besi.

Aku ni dah lah lapar, aku rindu laki akuu. Datang bala bodo pulak panas hati aku.

HEART'S DEAREST (COMPLETED)Where stories live. Discover now