CHAPTER 34 - Operasi 2

1.4K 48 0
                                    

Ammar POV

Alpha A1 masing-masing terkaku dengan keyataan yang aku lemparkan tadi.

"selama ni dia pengganas yang kita cari?" Kata Hantu sambil menelan air liur.

aku mengangguk.

"Aku.." kata aku perlahan sambil menunduk.

"Aku tak sangka semua ni jadi macam ni. Sampai melibatkan keluarga kau juga Hayyer. Aku minta maaf. aku tahu aku salah. semuanya berpunca dari aku. Untuk kali ini, bantu aku hapuskan Black." pintaku perlahan.

"Aku terima sebarang hukuman yang selayaknya aku dapat nanti." kata ku lagi sambil memandang wajah mereka.

Helang mendekati aku, dan memeluk aku erat.

"terima kasih sebab bertahan mar, aku rasa bersalah sangat sampai aku tak mampu nak pandang wajah isteri kau. Aku tak sanggup nak pandang wajah derita dia selepas kehilangan kau. Terima kasih sebab hidup semula, Terima kasih kerana tak jadikan aku pembunuh sahabat aku." luah helang bergetar.

Aku terpaku mendengar luahan Helang.

Pelukkan helang makin di ketatkan, aku turut merasakan sahabat-sahabat aku memeluk aku erat. Helang, Hantu, Bear, Wolf dan Hayyer memeluk aku erat.

Brother Hug.

"welcome home Kapten Ammar Thaqeef" kata Hayyer sambil tersenyum

Mataku panas. Ammar Thaqeef sudah kembali dalam dakapan keluarga aku.

"Okay sekarang gerak semua. kita ada misi yang sangat penting." Kata hayyer tegas.

Kami bergerak ke khemah yang menjadi tempat perbincangan kami bersama anggota unit yang lain.

untuk misi kali ini unit yang berkerjasama ialah Alpha A1, Bravo B1 dan Delta D1 yang menjadi backup sekiranya misi dalam bahaya.

Alpha A1 dianggotai oleh Hayyer, Snoopy, Wolf, Helang, Hantu dan bear.

Bravo B1 pula dianggotai oleh Rio, Buzz, Dash, Fox , Hunter dan Rain.

Delta D1 dianggotai oleh Rouge, Spike, Cougar, One, Rex dan Storm.

"Untuk misi kali ini, Kapten Ammar akan memegang Alpha A1, Bravo B2 dan Delta D1. Snoopy spill the plan." Kata Hayyer selaku anggota yang memiliki pangkat yang tertinggi di base ini.

"Assalammualaikum semua, Aku kapten Ammar Thaqeef. Dan korang boleh panggil aku snoopy." kataku memperkenalkan diri.

"Untuk operasi malam ini, Alpha A1 akan masuk kedalam mansion. dan Bravo B2 akan settle pengganas dekat luar. Berdasarkan maklumat yang aku dapat. Jumlah target dalam 7 orang dekat luar. tapi aku yakin mereka akan tambahkan lagi bilangan pengawal dekat bahagian luar. Jadi Bravo B2 kena alert. Rio kau akan guide team kau untuk settle bahagian luar. Jadi pembahagian kawasan luar mansion aku serahkan pada kau." terangku jelas.

Rio mengangguk memahami.

"Untuk Delta D1. kau akan standby 100 meter dari mansion, Rouge spike and couger aku nak korang cari 3 sniper musuh. sniper mereka selalunya akan stay dalam lingkungan 40-60 meter daripada mansion. While Rex, One and Storm. korang kena stay 100m from the mansion untuk standby bantu Alpha A1 atau Bravo. Rex akan stay bahagian utara mansion, One bahagian barat daya and Storm akan standby bahagian timur. semua kena Stay Alert " arahku pada mereka.

"Roger capt" balas mereka serentak.

Aku senyum kecil. Dulu pun aku bersemangat seperti mereka semasa menjalankan operasi. walaupun operasi kecil.

"Alpha A1. Helang, aku nak kau naik atas tower ni." kata ku sambil menunjukkan plan mansion kepada mereka.

" Hantu akan backup dekat bawah. Itu merupakan bangunan kawalan dan cctv. kat situ aku yakin ada 2-3 orang yang berjaga dekat situ. jadi aku nak korang settle bahagian situ dulu. Dapatkan pusat kawalan cctv mansion dulu. Dan Hantu, kau yang akan roger kami berapa target berdasarkan cctv kat situ." kataku tenang.

Hantu dan Helang mengangguk faham.

" dekat dalam mansion ada lebih dalam 10 orang. Hayyer akan masuk dalam bahagia utara, jadi Bravo B1 team yang settle utara, aku nak korang buka jalan untuk Hayyer. Wolf akan masuk melalui Timur dan Bear akan masuk melalui Barat. aku akan masuk melalui selatan. so aku nak masing-masing alert. Alpha A1 tak ada backup. Jadi jangan Mati awal." kataku memberi amaran pada mereka.

"Shoot to kill. No mercy. Ada spy dekat dalam musuh, Shark. Dia berpihak pada kita. dia yang bentangkan semua plan Blackhawks pada aku."

"Pukul 1.50 a.m aku nak semua standby dekat tempat masing-masing. kita akan ambush tepat pukul 2."

"Roger That" balas mereka.

Mereka bergerak meninggalkan khemah untuk menyiapkan diri mereka.

**********

5 minit sebelum Peperangan.

"Snoopy, lebih 3 bulan aku tak nampak kau, badan kau makin tough sia. Hott. patut Azzira peluk taknak lepas tadi" kata Bear mengusik.

Tika ini masing-masing bersembunyi sebelum penyusupan dimulakan.

"Focus Bear" tegur Hayyer dari earpiecenya.

"japlah Hayyer. cepat snoopy spill your routine." rungut bear di talian.

"aku boxing dengan budak-budak black. Dorang boxing macam nak bunuh aku, tu yang aku kena practice." kataku tenang. Mata masih memerhati pergerakkan target.

"cyeh, naik nanti aku nak boxing dengan kau. sekali dengan hayyer, mana tahu turun otot-otot korang ke aku dapatlah aku bini lawa-lawa." kata Bear lagi.

aku hanya menggeleng kepala aku, sempat lagi jantan menunjukkan kerandoman bodoh dia.

"2 minute" kataku tegas.

"Bravo B1 go" kataku lagi.

bunyi tembakan berbalas tembakan.

"Hayyer masuk" kata Dash dan Fox yang ambush dari arah utara.

"Snoopy masuk" kata Rio dari selatan.

"Wolf masuk" kata hunter dan Rain dari timur.

"Bear masuk" kata buzz tenang barat.

aku masuk dengan berhati-hati melalui jalan yang dibuka oleh Rio.

Muncung M4A16 aku halakan kedepan.

aku terserempak dengan dua anak buah black yang sedang membahagikan senjata kepada kawannya.

Bang!
Bang!

dua nak buah black jatuh menyembah bumi.

"Snoopy, Menara kawalan clear." Kata Hantu tenang disebalik earpiece aku.

" Selatan luar Clear" balas Rio tercungap-cungap.

"Selatan clear." kataku ringkas.

"utara dalam clear" kata Hayyer tenang.

"Bapak gila awal" kata Amsyar tak puas hati, nafas tercungap-cungap bersembunyi dari musuh yang mengejarnya.

"Alert wolf" Marah hayyer.

"Kau dah settle Utara meh tolong aku dekat timur" kata Wolf sambil ketawa kecil.

"Barat clear. kau jangan nak memandai Wolf. Snoopy aku turun timur tolong pondan tu " kata Bear pada ku

"roger that." balasku tenang.

Aku yang mendengar perbualan mereka ketawa. bukan Alpha A1 lah kalau sorang tak buat perangai masa operasi.

"Barat luar clear"

"timur luar clear"

"utara luar clear"

"Bravo B1 standby kat luar, they tried to escape" kata aku melihat banyak anak buah Black keluar dari bilik senjata.

"Hayyer kau turun Selatan. Aku nak masuk dalam bilik senjata.." belum sempat aku menghabiskan ayat aku. suara seseorang bergema di hadapan aku.

"Wow, king kita dah sampai"

Semua pasukan unit Alpha A1, Bravo B1 dan Delta D1 terkedu mendengar suara itu.

"Lion" balasku tenang.

Hayyer bergegas ke arah selatan ada perhitungan yang perlu dia buat dengan Lion.












hiii, hopefully semua happy dengan chapter hari ni.
This Is War by Mblaq.

HEART'S DEAREST (COMPLETED)Where stories live. Discover now