CHAPTER 33 - Perang

1.5K 59 13
                                    

*P/S King dan Snoopy adalah Ammar Thaqeef. King dalam Blackhwaks dan Snoopy dalam Alpha A1.

Black menembak satu persatu orang bawahannya dengan kejam.

"Aku suruh tengok Jantan tu dengan betina tu susah sangat ke sial!" Jerkah black marah.

Lelaki yang berkepala botak yang terkulai layu di lantai memegang bahunya yang ditembak oleh lelaki kejam yang bernama black itu.

"Shark tricked us, Boss" balas lelaki tercungap-cungap menahan kesakitan.

"Korang ramai lah sial! Takkan itu pun tak boleh nak kalahkan Shark!! Fuck. Pergi mati lah" jerkah Black garang.

Bang!

Satu tembakkan dilepaskan.

"Aku nak korang cari Shark sampai dapat!"

Semua yang membelotnya akan dibunuh dengan kejam.

Anak buah yang tidak menjalankan misinya dengan jayanya akan dibunuh oleh Black.

Black berkuasa.

Dia merasakan dirinya berkuasa untuk menghukum setiap manusia yang membuat salah dengannya.

Black terlalu taksub dengan Kuasa dan Harta menyebabkan Blackhwaks di Malaysia semakin goyah dan membuatkan induk Blackhwaks lepas tangan dalam mencampuri urusan Black di Malaysia.

Black dan King adalah aset terbesar Blackhwaks.

Nama yang tidak asing di dalam dunia pasaran gelap yang dijalankan diseluruh dunia.

Pemerdagangan manusia, senjata, dadah meluas di dunia.

Frans sangat bangga dengan aset-asetnya sejak 6 tahun yang lepas kerana berjaya mendominasi Blackmarket haram di Asia.

Baik Asia, Amerika dan Eropah. Perniagaan haram milik Blackhwaks menjadi satu bualan bagi mafia, pengganas dan perniaga - peniaga haram di luar negara.

Black menjadi seorang anggota tertinggi di dalam Blackhwaks sebaik sahaja King menarik diri daripada menceburkan diri dalam kerja haram Blackhwaks.

Black rasa dikhianati oleh sahabatnya sendiri kerana King berpihak kepada Angkatan Tentera Malaysia.

selepas King pergi, Frans yang merupakan Ketua Blackhawks menyerahkan 100% kepada Black untuk menguruskan perniagaan haramnya di Malaysia.

Black mendominasi perniagaan haram yang dijalankan di Malaysia.

Ia menjadikan Black semakin alpa dengan kekuasaannya.

Walaupun sudah jelas lagi bersuluh, Frans lepas tangan sekiranya terjadi sesuatu pada Blackhwaks di Malaysia.

Dalam pada masa yang sama, Black dan Frans berebut untuk mendapatkan khidmat King semula.

Black mahukan info mengenai negara Malaysia untuk dia jalankan rancangan untuk memporak perandakan keamanan Malaysia.

Manakala Frans pula mahukan King untuk menjadi aset yang digeruni untuk melindungi Blackhwaks daripada musuh-musuhnya.

Namun Frans menghormati keputusan King, dan bersedia membantu king dalam apa jua masalah yang menimpa King kerana jasa king terhadap Blackhawks yang tidak mampu untuk dia balas.

namun, ianya berbeza dari pendapat Black.

Black mahukan King untuk menghancurkan Malaysia.

Dia perlukan King untuk membalas dendam kepada tentera Malaysia yang membunuh abang dan ayahnya ketika pencerobohan lahad datu yang berlaku beberapa tahun lepas.

HEART'S DEAREST (COMPLETED)Where stories live. Discover now