CHAPTER 11 - Nenda

1.8K 69 10
                                    

Terlajak tidur.

Semua salah Tengku Ammar Thaqeef.

Malam-malam ajak pillow talk pastu ajak tahajud pastu subuh pastu tidur balik sampai terlajak pukul 8.30 pagi.

Hilang imej cucu menantu sulung terbaik aku.

Benci Ammar.

Kelam kabut aku turun dapur. Ammar aku biarkan tidur. Tahu dia penat melayan aku.

Bersyukur sangat rumah nenda Ammar ni banglo besar walaupun bercirikan tradisional.

Jadi setiap bilik ada tandas, tak adalah aku segan nak mandi pagi-pagi ni.

Kalau kat rumah ibu ni, mahu sembunyi bawah tanah aku mandi lewat sebab terbabas tidur lepas subuh.

Sampai sahaja didapur, Thalia terus menerpa aku. Tudung sarung aku diselak.

eh budak ini kenapa selak-selak tudung orang ni nasib baik tak ada lelaki bukan mahram kat dapur.

"Tak buat project pun merah-merah pun tak ada, asal lewat nah bangun" Kata Thalia mengusik.

Merah terus muka aku.

"Thaliaaa" kataku segann.

seisi dapur itu ketawa melihat reaksi aku.

"Biarlah pengantin baru lia oi. Nanti kamu pun sama" Nenda mengusik.

"Liaa lambat lagi, lia baru 23 okay. tapi nenda siap sedialah maybe dapat first cicit awall, Kak long dengan Along dah on the way" usik Thalia lagi.

"liaaa" kataku geram. Thalia ketawa disambut oleh nenda dan mummy

"Orang baru kahwin tunjuk lah rajin sikit." perli Mama Hawa.

Mummy sudah mahu membalas tapi aku pegang tangan mummy.

"Elok lah ni lepas nikah tunjuk jugak muka kat dapur. Dari anak kamu tu, jenguk muka pun tak pernah" Kutuk nenda.

Apa yang aku boleh simpulkan daripada situasi ini.

Nenda pun tak berkenan dengan mama Hawa rupanya.

"Eh mak, Amel tu anak dara lagi. biasalah bangun lambat" bela Mama Hawa.

"huh biasalah bangun lambat, nasib baik lah tak jadi cucu menantu aku, Tak boleh bayang hidup cucu sulong aku tu kalau kawen dengan anak kamu. Dah macam sumbang mahram pun ya juga. Kawen dengan adik tiri sendiri" Pedas nenda menyembur membuatkan Mama Hawa terdiam.

Daripada pergaduhan yang semakin berlarutan hanya kerana aku turun lambat marilah kita menghentikannya.

"Nenda nak zira tolong apa-apa tak?" tanya ku sambil menuju ke arah nenda.

"Kamu pergi kejut Ammar, sarapan dulu. pastu ajak Ammar petik pucuk ubi dekat belakang rumah. reti petik tak?" kata nenda.

"Reti nenda" ujarku mahu berlalu ke bilik semula.

"semak sikit tu, paksu kamu tak reti tebas. Suruh Ammar tebas sekali" pesan nenda.

"Yess maam" Aku terus bergerak memanggil Ammar.

Suka aku tengok keluarga Ammar.

Nenda sangat sporting dan merendah diri persis mummy. tengok sahaja cara santai nenda di rumahnya, selamba nenda suruh pengantin baru petik pucuk ubi. Selamba juga nenda sound mama Hawa tentang Amelin.

Nenda termasuk dalam team Ammarazzira kot.

Ayahanda pula mungkin cinta mati dekat mama Hawa sampai tak boleh beza cinta dengan harta.

HEART'S DEAREST (COMPLETED)Onde histórias criam vida. Descubra agora