CHAPTER 37 - Pulang

1.8K 69 2
                                    

Aku merenung bilik yang aku duduki ini.

Sarjan Qistina masih gigih menemani aku kerana takut melakukan perkara yang tidak elok.

mungkin kerana sejarah kesihatan mental aku, aku perlu diawasi oleh seseorang.

Sudah 5 jam aku menunggu berita tentang Ammar.

Sekejap lagi azan subuh akan berkumandang tapi Ammar masih belum pulang.

Aku takut.

Bagaimana kalau Ammar tidak pulang?

Bagaimana kalau ammar hanya pulang sebagai jasad sahaja?

Bagaimana kalau Ammar kembali mengkhianati negara kami?

Macam mana kalau Ammar tinggalkan aku sekali lagi?

bunyi ketukan pintu menyebabkan lamunan aku terhenti.

"Sarjan Qis, boleh bawa Puan Azzira keluar." kata tentera lelaki itu kepada Sarjan Qistina.

sebaik sahaja aku keluar dari bilik tersebut, mata aku tunak memandang seseorang yang hanya memakai tshirt hitam bersama seluar uniformnya.

lengannya aku perhatikan penuh luka dan calar.

Lelaki itu gagah mengusung jasad seseorang yang sudah tidak bernyawa masuk kedalam van mayat.

Aku hanya memerhatikan lelaki itu.

Lelaki itu berpusing menghadap aku.

Wajah yang penat, muka yang calar balar, mata yang penuh dengan penyesalan dan kekecewaan terbias terang pada mata hazel itu.

aku hanya diam ditempat aku.

Lelaki itu mengangkat mukanya menyebabkan mata kami bertentang mata.

senyuman paksa dia ukirkan. faham dengan tingkahnya. lelaki itu sedang menahan kesakitan jiwa yang melanda hati.

Aku mendepa tangan aku, dengan pantas lelaki itu memeluk aku kuat sehingga mengangkat tubuku sedikit.

aku mengusap belakangnya lembut.

bibirnya tidak henti menyebut a
Alhamdulillah dan mencium kepalaku berkali-kali.

Lega.

Apabila semuanya berakhir.

Ammar melepaskan pelukkannya sebelum mencium dahi aku lama.

"Abang okay?" Tanya ku lembut merenung wajahnya.

Ammar menggeleng kepalanya, matanya yang bergenang mula jatuh membasahi pipinya.

Suami aku menangis.

Aku memeluk kepalanya, membiarkan Ammar menangis di dada aku.

Rambutnya aku usap penuh kasih.

Ammar masih gigih menangis tidak menghiraukan mata-mata yang memandangnya pelik.

Lama aku membiarkan Ammar meluahkan rasa sakitnya.

Ammar mula tenang.

Matanya memandang mata aku.

Aku tersenyum kecil mengusap saki baki air matanya dipipi menggunakan hujung tudung sarung aku.

"Welcome home abang" kata ku perlahan seraya mencium pipi kanan Ammar.

Ammar senyum lalu membalas.

"Abang dah balik Heart's Dearest." Kata Ammar lembut.

*********

Sekejap sahaja aku dapat berdrama dengan Ammar selepas itu Ammar ditarik oleh Mejar Hayyan untuk uruskan saki baki misi mereka di kampung indah.

2 hari aku tidak berjumpa dengan Ammar. Rindu tapi tak apalah Ammar buat kerja. Asalkan dia selamat.

HEART'S DEAREST (COMPLETED)Место, где живут истории. Откройте их для себя