CHAPTER 21 - Permohonan

1.3K 55 1
                                    

Dengan semangat yang membara, aku melangkah maju menaiki motor untuk ke kedai cik Saleh.

Kita trauma sikit dengan motosikal ni, tapi disebabkan malas nak drive dekat kawasan banyak kereta ni, baik aku merempit je.

Senang mudah dan pantas.

Tak sabaar rasanya aku memiliki jambu air yang boleh dicecah dengan kicap dan gula.

Dari minggu lepas aku nak makannn. Sedap sangattt.

Aku memberhentikan motosikal bersebelahan dengan Kedai buah Cik Saleh.

"eh Zira, ni nasib baik kamu awal sampai, kalau tidak tak merasalah kamu jambu air ni." Tegur Cik saleh sebaik sahaja aku turun dari motor aku.

"Nasib baik ira sampai awallll." Kata ku bersemangat.

"ibu kamu tak ikut??" tanya Cik Saleh.

"Ibu datang dengan Hafizz nanti. Makan kat sini teruslah cik Saleh." kataku memilih buah-buah itu.

Aku pun melantak Jambu Air dan Cempedak goreng di kedai Cik Saleh.

Uniknya kedai cik saleh ni, dia buka gerai buah-buahan tapi pada masa yang sama dia kedai pisang goreng disebelahnya.

Selalunya ramai orang datang melepak kat sini. Lagi-lagi waktu-waktu petang ni.

" aku tengok lain je sekarang zira? berisi ke?"tanya Cik Senah isteri CIk Saleh.

Aku cuma tersenyum memandang mereka.

"Kamu dah berhenti mengajar ke zira?" tanya cik senah lagi.

"tak adalah cik senah. Saya ambil cuti sebulan. Sebab saya mohon sekolah lain." jawabku.

"lahh yeke? nak cari dekat-dekat dengan ibu kamu ke?" Aku cuma tersenyum padanya.

Saya kalau boleh nak cari jauh-jauh cik senah oi. Nak lari dari dunia. Nak lari dari manusia yang mengenali Najwa Azzira.

Namun hanya dalam hati sahaja aku mampu ucapkan.

"Yelah kalau kamu duduk dengan ibu kamu kat sini, ada juga orang nak jaga kamu. Duduk KL sorang-sorang kan bahaya, lagi suami kamu pun baru meninggal. Achik rasa elok kamu mengajar je kat sini. "

"Tak fikir lagi cik, untuk setahun dua ni cari mohon jadi cikgu contract je. Nak cari pengalaman dulu. Dekat mana-mana pun saya tak kisah" Jawab ku tenang.

Ibu yang kebetulan sampai terus cik Senah menukar topic tentang gosip-gosip yang berlaku di kampung ini.

Hampir sejam juga aku berkampung di kedai buah Cik Saleh ini, aku mahu pulang kerumah, tapi ibu mahu membawa Hafizz berjalan-jalan mengambil angin petang.

Terus aku bergerak kerumah. Motor yang aku parking tadi sudah diambil oleh Hazzim kerana dia mahu bermain futsal.

Jadi terpaksalah aku berjalan kaki berseorangan menuju kerumah. Nak ikut ibu bawa Hafizz berjalan, Malasku terlalu tebal untuk dihakis.

Terasa ada yang memerhati pergerakan aku. Cepat-cepat toleh disebalik semak.

Dengan rasa ingin tahu yang tinggi aku mahu memastikannya sendiri siapa yangmemerhatikan aku.

Tanpa melihat kiri kanan aku terus melintas.

Belum sempat aku melintas sebuah kereta saga merah yang tidak mempunyai nombor plat meluru kearahku dengan laju.

Aku merasakan diri aku ditarik oleh seseorang sehingga aku terjatuh dibahu jalan.

Kepala aku terhantuk di jalan menjadikan mata aku sedikit berpinar.

HEART'S DEAREST (COMPLETED)Where stories live. Discover now