CHAPTER 5 - Persiapan

1.7K 78 2
                                    

Aku memandang telefon pintarku dengan perasaan yang sukar ditafsirkan.

Sedih dan gembira pada waktu yang sama.

Me

Hidup lagi?
22:10 May 6th

Ammar Thaqeef🤎
Hidup.
23:50 May 8th

Me
Ammar? Hidup lagi?
20:10 May 18th

Ammar Thaqeef🤎
I am.
02:57 May 23th

Me
Hidup lagi?
04:18 May 30th


Ammar Thaqeef🤎
Hidup.

3:21 June 5th

satu perkataan cukup. setiap minggu aku akan bertanyakan soalan yang sama kepada Ammar.

Walaupun lambat Ammar balas tapi itu cukup untuk memastikan Ammar masih selamat dan masih bernafas.

hampir 3 bulan kami berhubung melalui balasan mesej Hidup atau tidak.

Nampak kejam tapi itu sahaja yang mampu melegakan hati aku. Tinggal 4 hari lagi aku akan menamatkan zaman bujang aku.

gementar rasanya.

Esok pagi aku akan gerak ke Pontian bersama Aina dan Husna. Manakala Ammar sekeluarga akan bergerak sehari sebelum akad nikah.

"Kak long ohhh Kak long" panggil Thalia di depan pintu bilik Ammar.

Bilik Ammar.

Ya aku sedang menyepahkan bilik Ammar dengan dulang hantaran kahwin kami berdua, Lagipun Ammar tak ada so mummy kata duduk jelah bilik Ammar.

Semestinya Aku sebagai anak mithali mendengar kata mummy. Bila lihat balik bilik Ammar ini, memang ada banyak barang aku. dengan baju nikah dengan gaun, kasut, beg, buku, laptop bercampur dengan barang Ammar..

ngehhh

Dah nampak dah Kehidupan kami lepas nikah nanti.

Aku memandang Thalia yang memanggilku tadi.

"Mummy tanya dekat kampung preparation okay ke? ke ada nak suruh mummy pape ke? mummy nak balik sini dah"

"Ibu akak kata okay je, tinggal dulang hantaran dengan makanan malam berinai je nanti kena bincang balik." ujar ku sambil menyusun semula kasut di atas dulang hantaran.

"Okay cun.. Akak nak kirim pape tak??? Kena kikis duit mummy nie. Bukan senang nak dapat barang dari Terengganu kak" Kata Thalia menghasut aku.

"Ishhhh thalia ni.. jangan susahkan mummy, kesian mummy nanti penat" ujarku.

"Hehehhe gurau je kak, tu barang hantar semua dah siap kan? Jomlah kak kita kemas bilik pengantin. Mummy suruh. Kejap lagi kak nana dengan kak siti datang tolong kemas sekali" Kata Thalia.

Merah terus muka aku mendengar perkataan bilik pengantin. namun aku tetap mengangguk.

semua Barang hantaran aku susunkan dibahagian tepi bilik Ammar. 9 berbalas 7.

fuhhh semput aku, mummy, thalia dan aina gubah 16 hantaran kami.

Sepatutnya aku kemas bilik aku kat rumah, asal aku kena tolong pihak lelaki kemas bilik pengantin ni??

HEART'S DEAREST (COMPLETED)Where stories live. Discover now