CHAPTER 9 - Kenduri 2.0

1.9K 68 2
                                    

Aku memandang Ammar yang sibuk dengan laptopnya.

Kesian suami aku.

pagi sampai petang pergi kem.

malam sibuk uruskan syarikat family.

Pastu tengah malam layan kepala otak biol aku.

Kesian laki aku woii.

esok dah Majlis belah lelaki, lusa majlis istiadat, tulat pula majlis bertandang dekat rumah nenda.

Tak boleh bayang penat Ammar.

Aku tak apalah tengah cuti pertengahan tahun. Seminggu ni pun aku banyak settlekan kertas exam, tanda buku, buat soalan spot semua.

Seminggu ini juga aku berusaha sedaya upaya aku mengelak dari Ammar. Kering dah otak aku nak bagi alasan apa pada Ammar. Aku masih belum bersedia dan aku masih takut.

Aku menghulurkan secawan teh susu kepada Ammar.

Ammar menyambut huluranku lalu menggumam terima kasih.

mata masih fokus dengan laptop.

Aku kebelakang Ammar dan mengurut lembut bahu Ammar.

"busy sangat abang hari ni" kataku tanpa disedari.

Eh kejap??!. apa?

Aku panggil Ammar apa?

aku memandang tubuh Ammar yang keras.

"Apa?" tanya Ammar ragu-ragu.

aku tersengih, lalu meneruskan urutan aku.

"Awak busy sangat seminggu ni. Tak penat ke?" tanya aku.

"Come here heart's dearest" panggil Ammar seraya menarik tangan Aku agar duduk di atas ribanya.

"Ammar, orang beratlah" tolak aku, aku mahu bangun semula namun tangannya memegang erat pinggang aku.

Aku dapat merasakan Ammar mengelus lembut lemak-lemak yang aku ternak dipinggang aku. Dipicit-picit lembut lemak aku.

Sesuka hati dia je main lemak orang. Sensitive ni.

"Aku pernah angkat dumble sorang-sorang hampir 120kg, setakat kau apalah sangat" kata Ammar riak.

Dasar masuk bakul angkat sendiri. Apa-apalah suami.

Aku melengkarkan lenganku pada lehernya.

"Saya malu lah. Kalau baju esok tak muat macam mana?" luah aku risau.

Tapi Ammar masih bermain dengan lemak-lemmak ternakan aku ini.

"Jangan main lemak saya lah awak ni. Awak tengok lemak dekat dagu saya. macam makin naik je. Penatlah jadi gemok ni." Rungut aku.

aku menyuakan dagu aku kepadanya mahu menunjukkan double chin aku yang semakin naik.

Terus Ammar mengucup lembut double chin aku.

Eh eh budak ni. belum sempat aku menolak muka Ammar.

Ammar mula mengigit-gigit kecil dagu hingga ke leher aku, sehingga meninggalkan kesan-kesan merah.

Aku mula terbuai dengan sentuhan dia sehingga aku tidak sedar aku mengeluar suara-suara yang agak aneh.

Tangan Ammar bergerak meraba belakang badan aku, sementara aku leka dalam kucupan mesranya di sekitar leher dan rahang aku.

"Alongg?!! opsie sorry?!" jerit Thalia kecil seraya menghempas pintu bilik kerja Ammar.

Terus aku menolak Ammar.

HEART'S DEAREST (COMPLETED)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt