CHAPTER 15 - Bercuti?

1.9K 67 1
                                    

Sudah 3 bulan aku hidup sebagai isteri kepada Kapten Ammar Thaqeef.

Alhamdulillah sepanjang tiga bulan ini juga Ammar tidak ditugaskan diluar kawasan.

Makin menjadilah Kapten Ammar memanjakan isteri kesayangan dia ni.

bersyukur aku, Ammar turut memahami tugas aku sebagai seorang guru. Bila aku penat balik petang, kadang-kadang dia akan masak untuk dinner. Kadang-kadang terlebih rajin kemas rumah.

Malah Ammar juga turut menemani aku membuat kerja sekolah sementara dia menguruskan syarikat milik datuknya.

Menjadi seorang tentera tidak menjadikan Ammar lupa tentang tanggungjawabnya sebagai cucu Sulong datuk dan nenda.

namun begitu, sesibuk manapun Ammar, dia tetap akan memanjakan aku.

Bila selalu dimanjakan ni aku takut sekiranya aku makin mengada-ngada.

semua salah suami aku.

"Heart's Dearest" Panggil Ammar sesudah masuk ke ruang tamu.

Dia baru sahaja selesai menelefon seseorang di luar tadi.

Aku mengangkat kening aku padanya.

Baju yang aku lipat aku letakkan di tepi sofa.

Ammar terus menuju kearah aku lalu baring di peha aku.

"Esok pagi kita gerak. Nanti kemas baju sikit dalam 4 ke 5 hari." Katanya perlahan sambil memejamkan matanya.

"Kita nak balik rumah mummy ke? lamanya sampai 5 hari?" tanya ku semula.

"cuti 5 hari kena manfaatkan heart's dearest " ujar Ammar selamba.

Aku cuma tersengih, mentang-mentang cuti dia diluluskan, tambah aku pulak memang cuti rabu, khamis, jumaat tambah dengan hujung minggu lagi, kemain dia rancang nak berjalan rumah mummy.

Rumah mummy tu sekangkang kera je. Thalia kalau tak fly memang merempat rumah kami je ni.

Rindu pulak adik ipar kesayanganku tu.

"siap-siap okay sayang, esok sebelum subuh kita fly terus" Kata Ammar seraya bangun dari riba aku.

Ammar membantu aku menyusun baju-baju yang dilipat kedalam almari, sementara aku mengemas barang kami.

**********

Pelik aku dengan Ammar, ini bukan jalan pulang ke rumah mummy.

"Kita nak pergi mana ni abang?" tanya aku pelik.

"Somewhere.. Hanya ada kita berdua je" balas Ammar romantis.

Dia memandu dengan tenang sambil memegang erat jari jemari aku.

"dah 3 bulan kita jadi suami isteri." kata Ammar tenang.

Aku menyandarkan kepala aku pada bahunya, posisi kegemaran aku apabila Ammar sedang memandu.

"Abang sayang heart's dearest abang sangat-sangat. Abang nak sayang tahu benda tu."

"Abang tahu heart dearest abang stress dengan kerja, dengan mama Hawa. pasal mummy, pasal anak." kata Ammar perlahan tapi jelas pada pendengaran aku.

"Anak tu kuasa Allah. Dia yang berhak memberi dan dia juga yang berhak menarik rezeki kita." nasihat Ammar tenang.

"Abang harap heart's dearest abang tak ambil hati dengan mummy. Abang tahu mummy macam desak sayang pasal anak."

Aku bungkam.

Aku cuba merahsiakan perkara ini dari Ammar, tapi Ammar lebih peka dengan keadaan sekeliling menyebabkan aku tidak boleh menyembunyikan apapun darinya.

HEART'S DEAREST (COMPLETED)Where stories live. Discover now