SPECIAL CHAPTER 6 : Ratu (AmmarAzzira)

1.3K 50 5
                                    

Hari sabtu.

Aku baru sahaja selesai mengemas rumah, mandikan anak, dan sekarang suap anak makan.

Sejak jadi ibu ni, dah tak boleh nak merempat dekat office Ammar macam dulu-dulu. Tunggu jelah sampai Ammar balik.

Telefon aku berbunyi.

Terus aku mengangkat telefon sebaik sahaja melihat siapa yang membuat panggilan.

"Hello assalammualaikum abang" kataku manja.

"Waalaikumsalam heart's dearest abang.. tengah buat apa tu? Anak-anak mana?" Tanya Ammar pada aku.

"Tengah suap Adrieya makan. Adiel ada dekat depan baca buku. Katanya nak makan saing mama." Cerita aku selepas membuka loud speaker.

"Heart's dearest masak apa?" Tanya Ammar lembut.

"Masak simple je abang, sup ayam dengan sayur campur. Abang dah makan?" Tanya aku kepada Ammar.

"Belum, Abang nak balik sekejap lagi kita makan sama-sama. Adiel okay tak kalau tunggu papa sekejap." Kata Ammar.

"Dia dengat tu bang, Adiel siap angguk lagi" kataku

"Ni abang call sebab apa? Selalu tahu tahu dah muncul depan pintu rumah." Tanyaku pelik

"Sajaa.. abang nak gerak balik dah ni.."

" Heart's Dearest.." panggil Ammar lembut.

"I love youu. Assalammualaikum" Kata Ammar membuatkan senyuman aku lebar.

"Love you too abang. Waalaikumsalam" Balasku lembut.

Ada-ada sahaja Tengku Ammar Thaqeef ni.

Baru sahaja aku meletakkan panggilan, pintu pagar automatic terbuka.

Nampak sangat sebenarnya Ammar memang tengah dalam perjalanan pulang. Sebab tu tutup panggilan tadi.

"Assalammualaikum Heart's Dearest abang.." Ammar masuk kedalam rumah.

"Waalaikumsalam abangg" jawabku tersengih memandang Ammar yang segak dengan uniformnya.

Terus dia kearah aku yang menyuap Adrieya makan.

Aku menyalam tangannya. Dahi aku dikucup lalu turun ke dua belah pipi aku dan lama bibir Ammar memaut bibir aku lembut.

"Ira dah agak dah abang mesti tengah drive tadi."

Ammar gelak mendengar ayat aku.

Kepala Adrieya turut dicium lembut.

"Princess papa sedap betul makan" kata Ammar lembut. Diusap-usap kepala anak kecil itu.

"Paaa.. mamm?? Mamamm??" Tanya Adrieya dengan mulut comotnya.

Comel betul.

Ammar kembali mencium pipi gebu Adrieya.

"Adrieya mamam duluu. Mamam kenyang-kenyang." Kata Ammar lembut.

Aku kembali menyuap Adrieya sementara Ammar menuju ke arah Adiel yang leka membaca buku sirah nabi.

Ammar duduk disebelah Adiel.

"Adiel baca apa tuu.. ohh kisah Nabi Adam. macam mamalah Adiel ni, kalau dah hadap buku memang tak pandang kiri kanan" kata Ammar.

Adiel terus meletak buku dan menyalam Ammar. Pipi Ammar turut dicium oleh anak bujangnya.

Ammar tersenyum sebelum mencium kepala Adiel lembut.

"Papa cerita ni best. Tapi sedihh kesian Nabi Adam kena keluar dari syurga" rungut Adiel yang berusia 5 tahun itu.

Adiel masuk kedalam dakapan papanya dan bersandar dibidang dada Ammar.

HEART'S DEAREST (COMPLETED)Where stories live. Discover now