CHAPTER 13 - Bermanja

2.2K 73 12
                                    

Aku menarik Ammar untuk baring meniarap di atas lantai yang berlapikkan karpet gebu di bilik kami.

"Heart Dearest, kau nak goda aku ke ni? extreme sangat nak buat atas lantai" Kata Ammar nakal.

cepat-cepat dia mahu bangun dari terus meniarap.

Aku terus menumbuk bahunya.

Gatal sangat.

"abang baring jelah, orang nak pijak belakang abang." kata aku seraya bangun mengambil minyak angin.

Terkebil-kebil mata Ammar memandang aku.

sebelah kening aku naikkan.

"Tak pernah try ke?" tanyaku pada Ammar.

Ammar menggelengkan kepalanya. posisinya ditukar kepada meniarap semula.

memberi ruang kepada aku untuk memijaknya

Aku memijak tubuhnya

Dengan perlahan-lahan aku memijak badan Ammar.

dari belakang badan naik kebahu, turun ke bahagian pinggang. turun ke bahagian betis.

keluar semua bunyi Ammar tak tahulah menahan kesakitan ke menahan kesedapan.

Aku tersengih, teringat dulu arwah ayah suka kena pijak dengan anak-anak dia

Kadang-kadang sikit pun dia tak rasa kesakitan tu.

"Sumpah sedap gila heart dearest. Next time boleh buat lagi. Lega dah belakang aku ni." Kata Ammar mengeluh sedap.

hampir 10 minit aku memijak belakang badannya.

"Abang?" panggil aku perlahan.

"Abang???" panggilku lagi.

Tetapi Ammar tetap diam.

Terus aku menundukkan badanku mendekati tubuhnya yang masih berbaring di atas carpet.

Tersengih aku melihat Ammar tertidur sepanjang sesi pijak memijak tadi.

Aku goyangkan bahunya perlahan-lahan.

"Abang.. tido lah kat atas mesti tak selesa"

Ammar memusing tubuhnya menghadap atap bilik kami.

Tangan nya menarik aku untuk baring di dadanya.

"Baring sekejap. abang rindu." balas Ammar perlahan.

matanya masih terpejam.

Aku pun baring didadanya. suka bila dia menggelarkan dirinya abang.

Tenang sahaja bunyi degupan jantung Ammar.

aku memainkan jariku di dadanya.

Pantas jari Ammar menarik jariku di dadanya lalu dicium lama dibibirnya.

Aku tersenyum dengan tingkahnya, Takut tak dapat kawal diri ke tu?

"abang tak nak story ke kerja abang dekat orang?" tanyaku sambil menatap atap bilik kami.

"Nak yang soft ke nak yang hardcore" tanya Ammar melayan aku.

"Tak nak dua-dua. cuma nak tahu abang siapa. dan apa kerja sebenar abang." tanyaku ingin tahu.

Aku cuma tahu Ammar seorang tentera yang berpangkat Kapten namun aku tidak tahu skop kerja dia.

"Tadi spotcheck baju abang tu jumpa klu tak?" usik Ammar.

"Tahu ke?" tanyaku semula.

Cepat betul kantoi. Ammar cuma ketawa kecil.

"GGK. group gerak khas TDM. Alpha A1 unit khas" jelas Ammar.

HEART'S DEAREST (COMPLETED)Where stories live. Discover now