CHAPTER 18 - Kehilangan

1.5K 61 8
                                    

Aku hanya termenung melihat manusia yang lalu lalang dihadapan mata aku.

Thalia masih gigih memegang erat tangan kanan aku dan memegang tangan kiri mummy.

Pegangan Thalia seolah-olah mahu memberi kekuatan kepada kami. Aku hanya mampu diam.

Aku memandang Thalia dan memberikannya sebuah senyuman tawar.

"Akak nak naik atas" ujarku padanya sebelum menaiki tangga.

Thalia melepaskan tangan aku dan memerhati aku pergi meninggalkan mummy dengannya di ruang tamu.

Aku menutup pintu, tubuhku longlai bergerak ke karpet bersebelahan dengan katil beradu milik aku dan Ammar.

Aku melorotkan diriku ke bawah dan bersandar di tepi katil.

Hati aku kosong, Sudah 3 hari sejak berita itu dikhabarkan kepada aku.

Sudah kering air mata aku,

Sudah penat aku meraung memohon kepada Allah untuk memulangkan Ammar pada aku semula.

Tahlil yang dijalankan aku langsung tidak ambil kisah.

aku hanya mampu termenung dan mengurungkan diri di dalam bilik.

"Angahh..." panggil Ibu perlahan di depan pintu pintu bilik aku.

Ibu memasuki bilik aku dengan along bersama sepinggan nasi berserta lauk.

mesti ibu nak paksa aku makan.

Aku dongak wajahku untuk melihat ibu yang berdiri dihadapan aku.

Ibu memberikan aku sebuah senyuman kecil sebelum duduk disebelahku.

Aku lihat ibu bersedia dengan makanan yang diambil.

Perlahan-lahan ibu menggaulkan nasi putih dengan daging masak hitam itu.

Satu suapan dihulurkan pada aku.

Aku menggelengkan kepala aku menandakan aku tidak mahu makan.

walaupun ibu tahu tentang sikap degilku, dia tetap menyuakan suapan tersebut.

dengan ucapan Bismillah ibu sebutkan dan terus menyuap aku.

terus bergenang mata aku,

Makanan itu aku kunyah dengan perasaan yang sebu.

Ibu cuma memerhati reaksi aku.

suapan seterusnya diberikan kepadaku.

sambil mengunyah aku menangis.

sakit.

Sakit sangat.

Aku rindu Ammar.

Aku rindu Ammar memanjakan aku.

Aku rindu dengan suapan Ammar.

setiap suapan ibu mengingatkan aku dengan Ammar.

Aku mahukan Ammar.

Aku nak ammar hidup semula.

Setiap kali Ammar suap aku makan mesti Ammar akan selitkan gurauan, selitkan penceritaan.

Aku sedih,

Dengan sekelip mata dia tinggalkan aku.

aku menangis teresak-esak.

Ibu yang sudah tidak mampu menahan sebaknya terus memeluk aku dengan erat.

Sungguh hanya ibu yang memahami perasaan aku sekarang. Perasaan hilangnya tempat bergantung.

Perasaan hilangnya teman sehidup dan semati.

Aku tahu ibu turut sedih melihat aku.

Ibu mana yang tak sedih melihat anaknya meratapi pemergian seseorang.

HEART'S DEAREST (COMPLETED)Where stories live. Discover now