CHAPTER 1 - Azzira

3K 101 0
                                    

Kakiku bergerak laju ke arah bilik mesyuarat.

Arghhhhhhhhhhhh

Confirm tak sempat.

Weh sumpah aku nak nangis.

Ni semua salah diri sendiri yang lalai sangat mengajar sampai tak ingat ada meeting pukul 12 tengah hari.

kaki berhenti di depan pintu, perlahan-lahan pintu bilik mesyuarat itu aku buka.

Hahh kann semua orang tengah pandang aku.

Ibuuuuu.

Tolong angah..

"Cikgu Najwa? kenapa tercegat kat situ, cepat masuk" tegur cikgu Aisyah yang merupakan seorang guru penolong kanan di sekolahku.

Aku tersengih kecil. terus duduk di meja bujur itu. Buku nota aku keluarkan untuk mencatat segala isi dalam mesyuarat yang dijalankan.

Pihak sekolah ingin menjalankan 3 buah program pada bulan kemerdekaan ini dan aku beberapa orang guru perlu mengawasi perjalanan program tersebut.

Aku sebagai guru moral perlu menjalankan sebuah pertandingan menulis cerpen mengenai semangat patriotik.

aku dan Cikgu Aina dan Cikgu Husna ditugaskan bersama bagi menjayakan program tersebut.

"Najuuu.. tekak aku ni teringin nak makan nasi minyak, kau cuba tanya kengkawan kita ada tak yang nak kawen awal." kata Cikgu Aina selamba sebaik sahaja kami selesai mesyuarat.

Aku cuma mampu ketawa.

"Tak kuasa aku, busy body je nak tanya orang lain" balasku pula.

"Cakap pasal nasi minyak ann.. nasi minyak teha bad hari tu sedappp, teringin sehhh" kata cikgu Husna yang sedang berbadan dua.

Serta merta aku dan cikgu memandang cikgu Husna dengan pantas. Ibu mengandung punya mengidam ni jangan buat main woi.

"Lepas sekolah nanti kita carilahh" kata ku membuat keputusan.

Aina mengangguk menyetujui ideaku.

"Aku nak yang kat majlis orang" kata Husna sedih.

Hahh sudahh..

Tadi sapa yang mulut celopar sangat bukak cerita pasal nasi minyak ni.

**********

Kereta aku pandu dengan berhati-hati.

Maklum lah waktu balik sekolah memang bahaya sikit kalau nak drive laju-laju.

Sampai sahaja di taman perumahanku. Cepat-cepat aku masuk kedalam rumah.

Aku terus menghempas tubuhku arah sofa. Penat sungguh hari ini. banyak sangat kerja nak kena settel.

Dengan majlis  bulan kemerdekaan, dengan pertandingan cerpennya lagi.

Dengan melayan Husna punya craving dengan murid-murid yang nakal.

Fuuhh menguji jiwa aku.

Ini tak campur lagi dengan ibu yang dok call dari semalam. bukan tak nak angkat tapi mesti ibu nak bising pasal orang tu. Aku ni malas nak dengar.

Orang sana tu tak faham agaknya aku tak nak, dok menghantar rombongan meminang lagi. Malu dah muka aku ni nak balik kampung.

Ibu pun satu, mata duitan agaknya, mentang-mentang orang tu keturunan darah biru laju dia suruh aku terima.

Cukuplah sekali aku cuba buka hati aku, once jatuhkan maruah aku sampai mati aku ingat. Hahhhh banyak betul aku bebel.

Runsing, aku nak balik kampung tapi pada masa yang sama aku malas nak dengar ibu membebel. Semua salah orang tu.

HEART'S DEAREST (COMPLETED)Where stories live. Discover now