CHAPTER 28 - Perpisahan

1.8K 55 3
                                    

Pejam celik- pejam celik hanya tinggal sehari sahaja lagi waktu aku untuk berkhidmat di Kampung Indah.

Hari ini hari terakhir aku mengajar di sekolah ini.

banyak kenangan manis aku bersama anak-anak murid aku disini.

Mereka semua sangat menghargai seorang insan yang bergelar guru.

Banyak yang aku pelajari dari mereka kerana mereka semua tidak lokek berkongsi ilmu tentang kehidupan.

semuanya hidup dengan kerjasama walaupun terdapat ancaman daripada pengganas-pengganas yang mahu menjatuhkan negara.

mereka melindungi semua orang kampung dengan sedaya upaya mereka.

Onar yang dibuat oleh pengganas tidak dihiraukan malah mereka sentiasa melaporkan kegiatan pengganas tersebut kepada pihak yang berwajib.

Anak-anak murid lelaki disekolah ku bersatu padu melindungi kaum wanita daripada dijadikan pelacur oleh pengganas tersebut.

sungguh aku bangga dengan mereka.

walaupun keselamatan mereka tergugat, mereka tetap hidup dengan bahagia.

Dan aku?

Aku masih hidup, baby aku juga sihat. sudah 4 bulan usia kandungan aku, nampak sedikit bentuk perut aku

3 hari lepas aku menjalankan pemeriksaan kandungan di klinik.

Alhamdulillah baby aku sihat, baby kuat walaupun selama 4 bulan ini mama dia selalu sangat cuai, bodoh semuanya.

Baby aku kuat demi aku. Jadi aku juga perlu kuat demi baby aku.

Ammar?

Aku tidak tahu. cukuplah aku anggap dia sudah mati.

Buat apa aku meratapi pemergian seseorang?

aku mampu untuk move on dan teruskan kehidupan aku dengan sebaik mungkin.

Sebaik sahaja aku sudahkan pengajaran aku hari ini,

aku memandang anak murid aku satu persatu.

Aku sedih, tapi perpisahan tetap akan terjadi.

"Hari ni cikgu last mengajar disekolah ni" kata ku sebak.

anak murid aku terus terdiam menunggu aku bersuara.

"Selama 2 bulan cikgu kat sini, cikgu bersyukur kerana cikgu ditemukan dengan kamu semua. banyak perkara yang cikgu belajar dari kamu. Dari orang-orang di Kampung Indah. Terima kasih kerana sudi menerima ilmu yang cikgu sampaikan. Terima kasih kerana menjadi anak murid yang sporting. Cikgu doakan kamu semua berjaya dunia akhirat. Cikgu sayang kamu semuaa" aku memberikan sedikit ucapan. sebak menguasai diri.

"cikguu nak peluk bolehh?" kata Meiling dengan suara yang bergetar.

Dapat kulihat airmatanya jatuh berguguran.

Aku mengangguk dan mendepakan tangan aku.

lima orang pelajar perempuan menyerbu aku dan memeluk aku dengan erat.

"Terima kasih cikgu ajarkan kami. kami akan rindukan cikguu" kata Cyrilin pula

"Cikgu jangan lupa kami tauu" kata Asytan ditepi aku

"Kitorang akan selalu ingat cikguu" kata Howard pula

"Cikgu pun tak akan lupakan korang semua" kataku sebak

"Cikgu happy sepanjang mengajar kat sini. baik kamu semua dan staf bilik guru semuanya baik sangat dengan cikgu." kataku sayu.

" hahhh nanti kami rindu cikguu" Harith berkata sedih.

HEART'S DEAREST (COMPLETED)Where stories live. Discover now