CHAPTER 14 - Rumah

2.1K 66 10
                                    

Aku memakir kereta aku bersebelahan dengan kereta Aina.

Sebaik sahaja aku keluar dari perut kereta, terus aku ditarik oleh Aina dengan laju ke pejabat untuk scan kad perakam masa kami.

Sesudah selesai terus Aina menyerang aku.

"Kau kena serang dengan mak tiri Ammar lagi?!" ujar Aina sedikit kasar namun perlahan suaranya.

Aku mengeluh perlahan. teringat kejadian 2 hari lepas sebelum Ammar pulang.

Mama Hawa menyerang aku ketika aku sedang melepak dengan Thalia di mid valley.

sempat juga aku bercerita dengan Aina. tapi dia nak dengar aku meroyan on the spot depan dia.

"Spill najuu. aku bukan nak busybody tapi tahap serang physical ni memang nak kena dengan aku nii."

"Naju tak tahulah kenapa tapi, mama Hawa memang benci naju sangat-sangat. Rasa sakit dekat badan ni langsung tak sakit nak dibandingkan dengan sakit dekat hati ni" balas ku perlahan.

Kami berdua duduk berhadapan di kantin sekolah untuk bersarapan sebelum pembelajaran bermula.

"Dia hina naju, naju tak kisah naa. tapi dia hina mummy, hina ibu. dia hina suami naju. Naju kalau hilang sabar memang hilang kepala dia" rungut aku.

"Lepas ni kalau dia serang kau bawa aku sekali. Biar aku ajar cara beradap sikit. Sepatutnya KPM buat subjek moral ni semua kena belajar bukan non-muslim jek, tengok perangai orang melayu sekarang, tak ada moral tak berakhlak sakit hati aku." bebel aina menghabis nasi gorengnya.

Aku hanya tersenyum, Mujur aina sentiasa bersama dengan aku. sahabat dunia akhirat aku.

"Asyik cerita pasal naju jek, Preparation kahwin apa citer??" tanyaku pada Aina.

"So far okay je, cuma si Zaidan tu still busy tak sempat nak fitting baju. stress aku nok" Rungut Aina mengenai tunangnya.

"Biasalah tu, business tengah naik lah tuu" kata aku mahu mengurangkan kegusaran hati Aina.

"Dulu kau settle sorang-sorang hidup lagi kau eak naju?" tanya Aina.

"Dulu mummy dengan Thalia lah jadi mangsa settle belah lelaki. belah aku family aku yang settle. Aku tinggal setuju dengan tak setuju je pastu buat dulang and so on. tapi part settle nikah memang payah weh. Nasib Ammar settle sebelum kitorang tunang lagi." Cerita aku padanya.

"Korang lagi sebulan kan? kad kahwin dah edar ke?" tanya aku kepada bakal pengantin.

"Minggu depan siap terus hantar pontian, mummy gua pi edar." jelas aina.

"Nak jadi bini orang dah member naju ni" usik aku.

"Ah diam kau" marah Aina kerana malu.

"Takut siaa" kata Aina.

"Hurmm tapi excited kann!" usik aku lagi.

"Malas aku melayan kau byee" ujar Aina seraya bangun dari tempat duduknya.

"Malu lah tu." Bisik aku perlahan.

**********

Abang🤎
Balik nanti Falah hantar abang gi sekolah. balik sama-sama.
July 18th 01.40 p.m

Aku terus membalas okay, Tak bawa kereta ke laki aku ni pi kerja. Nantilah aku tanya dia.

Jam menunjukan pukul 1.50 p.m Bergegas aku mengemas barang aku.

Kang menunggu pulak suami aku dekat pagar.

Sampai sahaja di parking sekolah aku lihat kelibat Ammar yang lengkap beruniform tentera sedang berbual dengan cikgu Hamdan yang merupankan cikgu disiplin.

HEART'S DEAREST (COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang