CHAPTER 23 - Peluang (Ammar POV)

1.4K 55 1
                                    

Dengan tenaga yang masih bersisa, aku cuba membuka mata aku.

Hanya sebuah bilik yang gelap menyapa pandangan aku

Rasa sakit yang menyesakkan dada aku semakin hilang.

Nafas ditarik dan dihembus beberapa kali.

Aku hidup.

Ya Allah, syukur aku masih hidup.

"Dah bangun?" suara seseorang menyapa pendengaran ku.

Aku hanya diam.

Aku cukup kenal dengan suaranya.

Black

"Kau hidup lagi King." Jelas lelaki itu yang diduduk di sebelah Aku.

Aku memejamkan mata aku.

King.

Nama yang aku mahu hapuskan.

Nama yang aku mahu lenyapkan dalam diri Ammar Thaqeef.

"Blackhawks need you King." Balas black.

"King dah lama mati" Balasku serak namun dingin.

Mata aku cuba pejamkan semula.

Namun wajah seseorang makin jelas pada ingatan aku.

Terus mata aku terbuka merenung Black dengan tajam.

"Aku tak sentuh bini kau King. Blackhawks tak sentuh perempuan-perempuan milik Blackhawks." Kata Black seolah memahami renungan Ammar.

"Aku nak balik." Kata Ammar tenang.

"Blackhawks perlukan kau King. Kalau tak aku tak akan cari kau" Jelas Black pada Ammar.

"Kau dah mati. Kau tak perlu jadi Anjing Malaysia King." Kata Black tenang.

"Aku nak kata putus dari kau. Stay in Blackhawks atau aku guna jalan lain King. Kalau dulu ya aku tak akan sentuh perempuan kau. Tapi sekarang aku tak janji" ugut Black membuatkan Ammar terdiam.

"Kalau kau tak mahu bocorkan rahsia kerajaan bodoh kau tu tak apa. Aku ada cara lain untuk dapatkan maklumat tu. Tapi Aku perlukan partner aku untuk luaskan perniagaan aku. Kau partner aku King" Kata Black tenang.

"3 tahun lepas sejak kau keluar. berpihak pada negara bodoh kau ni. Perniagaan aku makin merosot King.
Kau kena tolong aku. Tolong aku luaskan market aku." pinta Black lagi.

Aku hanya mengeluh perlahan.

"Black. Aku dah cuci tangan dari semua ni" Balas aku tenang.

Aku merasakan Sesuatu yang tajam di sekitar leher aku.

aku redha sekiranya aku perlu mati asalkan kesayangan aku tidak disentuh.

"Kau milik Blackhawks. Sekali kau jejak kaki dalam kumpulan ni, selamanya kau akan terikat dengan Blackhawks." Balas Black dingin sebelum menghempas pintu bilik yang didiami oleh Aku.

Dengan dada yang masih terasa perit kerana bekas luka pembedahan.

Aku cuba bangun untuk ke tandas.

Ada tanggungjawab yang perlu aku laksanakan dahulu.

Tanggungjawab aku terhadap agama aku.

********

Waktu berganti waktu, Hari berganti hari dan minggu berganti minggu.

Sudah 2 bulan aku berada di bumi asing ini.

Hidup umpama seorang pelarian.

atau lebih tepatnya sebagai seorang pengganas.

HEART'S DEAREST (COMPLETED)Where stories live. Discover now