CHAPTER 8 - Mama dan Ayahanda

2K 69 3
                                    

Penat!

Kahwin ni penat!

Tapi aku tahu Ammar mesti lagi penat.

petang tadi sebaik sahaja kami selesai bersanding terus ibu menyuruh kami tukar baju dan menyuci periuk yang digunakan untuk majlis kami. Dan sebagai seorang suami yang prihatin, dia yang membasuh semua periuk-periuk tersebut. dahlah Ammar baru balik dari operasi. lepas tu terus kena settle 2 majlis. kesian suami aku.

Lepas tu maghrib Ammar terus bergerak ke masjid. Tinggal lah aku membantu ibu apa yang patut dekat dapur tu.

Tepat pukul 10 aku masuk kedalam bilik.

Segar badan lepas mandi semua.

Tumbang terus aku di atas katil, Ammar masuk pun aku tak sedar.

sedar-sedar sahaja aku dalam pelukan sang suami.

Minta maaf cik suami tak dapat nak sambut awak balik malam semalam. saya tak sedar, K.O terus malam tadi

Alhamdulillah, aku tidak menendang dia jatuh dari katil.

Aku memerhati wajahnya yang sedang tidur. tangan ku aku larikan pada setiap lekuk wajahnya. dari mata ke hidung ke pipinya yang mempunyai lesung pipit. lalu ke bibir merah bak delima miliknya.

"Morning heart's dearest." serak suara Ammar.

terkedu terus aku di dalam dakapannya

Ammar mendekatkan wajahnya dengan aku.

dahi aku dikucup lembut.

"Pagi-pagi dah goda aku ni apahal" Suara Ammar kedengaran begitu sexy pada pendengaranku.

aku masih diam memerhati Ammar yang menelentang tubuhnya dan meletakkan lengan kanan pada dahinya.

Dan aku disini masih berbaring diatas lengan kirinya, Kaki aku pula elok bersilang dengan kaki kiri Ammar.

Aduhhhh lasak aku tidur mesti berat.

Aku terus menurunkan kaki aku, dan bergerak bangun dari lengannya.

"Nak pergi manaa" tanya Ammar dengan mata yang masih terpejam.

"Kesian awak nak tidur saya ganggu.. sorry mesti berat" kataku separuh berbisik.

Aku mahu bangun tapi Ammar terus memeluk erat tubuh aku menyebabkan aku malas nak beradu tenaga dipagi-pagi buta.

Kepalanya disembamkan diceruk leher aku lalu dia bergumam.

"i can't sleep semalam. Ada bidadari syurga jatuh dekat sebelah aku"

"saya ke setannya?" tanyaku pelik

"Apa yang tiba-tiba setan?" terus dia mengangkat mukanya memandang aku.

"bidadari syurga jatuh dari langit" jawabku dengan mata yang terkebil-kebil.

"Damn baby, aku memang tak boleh nak sweet-sweet dengan kau ke macam mana ni" kata Ammar sambil ketawa. bergegar tubuh dia mengetawakan aku.

tak guna punya suami ada ke dia nak samakan kita dengan setan.

Tapi aku suka cara Ammar layan aku. Aku memang suka sangat dimanjakan. Namun manjaku offlimits kepada orang luar.

Aku juga suka bila Ammar menggunakan nicknames yang comel-comel, terasa disayangi sangat.

Sekejap Heart's Dearest, sekejap sayang, baby, dear semua.. memang terpaling cair aku.

"kejap lagi nak gerak rumah ayahanda. Are you okay with it? before kita gerak rumah mummy." tanya Ammar.

HEART'S DEAREST (COMPLETED)Where stories live. Discover now