CHAPTER 40 - Terasa Hati

2K 60 5
                                    

3 bulan sejak kes itu berlalu.

3 bulan aku hidup dengan aman dan harmoni bersama suami tercinta.

Alhamdulillah.

Syukur kerana Allah mengurniakan aku seorang suami yang sangat memahami isterinya yang gila dan kuat meroyan ni.

3 bulan lepas aku masuk dalam semula dalam sekolah lama aku menjadi guru tetap Pendidikan Moral. Aku bertugas bersama Aina, Husna, dan Fatihah. Memang penuh gosip citernya bila bertemu.

Dan yaa 3 bulan aku kerja aku asyik makan 24 jam. Dan Ammar juga yang melayan aku.

Bila dah asyik makan je kerjanya memang naik badan aku.

Ammar sukalah sebab boleh picit gigit lemak-lemak aku.

Aku ni nak berjalan pun semput.

Perut jangan cakap.

Kandungan aku dah genap 7 bulan, besar ya perut aku bulat.

Nak jalan pun payah sendu hidup bila kena naik tangga pergi kelas.

Ammar ada cakap untuk minta cuti dari berkerja.. haihlah bang ingat senang ke nak dapat cuti bila jadi cikgu Fulltime ni.

Ammar sekarang makin sibuk, walaupun dah kurang dia join misi yang membahayakan nyawa dia tapi sedikit sebanyak risau jugak kat suami aku tu kerja tak henti.

Kerja banyak tak menghentikan kegatalan Ammar ya.

Ammar sekarang makin gatal dan merenyam sampai aku rasa nak kurung dia dalam sangkar.

Asyik nak melekat je Masya Allah. Redha jelah.

Thalia, adik iparku itu masih mendapatkan rawatan khidmat mental kerana traumanya.

Trauma dan depression nya semakin teruk kerana dia disahkan mengandung.

Aku dan Ammar, mummy bergilir menemani thalia ke hospital.

Jujur aku sedih dengan keadaan thalia sekarang. Dia tidak seceria dulu.

Aku fikir dia mahu menggugurkan kandungannya, namun dia menjaga kandungannya dengan baik.

Thalia memang kuat. Aku bangga dengan Thalia. Walaupun dia sakit namun dia tetap berusaha untuk sembuhkan penyakitnya.

Sudah tentu aku dan Ammar turut membantu Thalia sebaik yang mungkin.

Mummy pula sudah bersara, dia lebih selesa duduk dirumah bersama Thalia dan Ibu maryam.

Mummy kata best ada teman borak lagi Ibu maryam ni suka masak mummy pun tumpang sekaki memasak.

Ibu maryam juga turut gembira duduk bersama mummy,

Ibu maryam dan mummy selalu menjenguk Black di penjara. Syukur kerana mummy tidak berdendam dengan lelaki itu.

Ayahanda pula, sudah tidak menganggu keluarga kami. Aku turut mendoakan kebahagiaannya bersama Mama Hawa.

Untuk apa aku mengungkit kisah yang lepas sedangkan aku juga banyak dosa.

Aku bersyukur semuanya kembali seperti asal.

Aku merasakan ada tangan yang memeluk aku dari belakang.

"masak apa tu heart's dearest?" Tanya Ammar.

"Labu lemak. Thalia kata dia teringin nak makan" kata ku masih fokus dengan lauk lemak ku.

"Hmm" balas Ammar singkat namun dia mengeratkan lagi pelukannya.

Tangannya mengusap perut aku.

"Baby ada buat hal tak? Tendang mama tak hari ni" tanya Ammar mencium belakang telinga aku.

HEART'S DEAREST (COMPLETED)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt