CHAPTER 4 - Tunang

2K 71 3
                                    

"HAHHHH TUNANG??!!" jerit Aina dan Husna serentak.

"Minggu depan" jawabku tenang.. kelakar pula tengok muka mereka berdua ni.

Terkejutnya bukan main.

"Asal aku tak tahu??" jerit aina yang masih terkejut.

Aku cuma mampu tersengih,

Memang patut pun mereka terkejut, member yang selalu kata tak nak kahwin akhirnya kawin awal pula.

"Last week, mummy Ammar jumpa ibu. So they decided untuk tunang next week. nikah and sanding 3 bulan lepas tu" terangku pada mereka.

"SO MEMANG TENGKU AMMAR THAQEEF" jerit Aina terkejut lagi.

Aku hanya mengangguk.

"Tulah aku dah pesan jangan benci sangat! kan tengok dah melekat" sindir aina sambil menyuap cheesecake kedalam mulutnya.

Aku hanya memerhati tindak tanduknya. Sindir dan mengusik memang kasi dekat dia jek.

"So lagi 3 bulan lepas aku bersalin lah kan??" Kata Husna sambil mengira jarinya.

Aku mengangguk.

"Okaylah tu merasa aku kau punya nasi minyak. tunggu aina lambat benarr" kutuk Husna.

"Eh baik sikit, aku dengan zaidan ikat setahun memang lah lambat lagi. 5 bulan lagi" Aina membela diri

"So, macam mana boleh terbabas ni" kata aina dengan sengihan di bibirnya.

Aduii si Aina kalau mengusik memang kasi dekat dia je.

"Dia suruh kitorang try. i mean.. belajar percayakan dia. beri dia peluang. And i did it." kata aku perlahan.

Masih malu dengan keputusan sendiri.

"betulah keputusan kau tu naju, aku bukan apa.. 10 tahun tu bukan sikit. 10 tahun dia setia pada orang yang bukan halal untuk dia. sayang betul dia pada kau" kata Aina lagi.

"Kalau Husna memang give up awal, nasib baik Aniq terus masuk minang aku lepas belajar. Fuhh tenang jiwa" Kata husna pula.

"Belajar lah naju, percayakan dia, cintakan dia, sayang dia. kau pun layak disayangi" kata Aina lagi.

"Betul tu naju, for you before this maybe men just a piece of shit, tapi percayalah bila kau merasa disayangi kau punya persepsi pada lelaki akan berubah." Husna menambah rencah.

Dorang dok pakat dengan Ammar supaya aku redha dengan keputusan aku ke macam mana ni?

"tapi tak rasa macam awal sangat ke?" kataku risau.

serentak Aina dan Husna menepuk kepala.

"Mana ada, perfect age to get married. 25!" kata Aina laju.

"tapi aku tak bersedia lagi!" Kataku lagi

"Ada jugak aku terberanak kat sini." kata Husna menahan geram.

"Jangan lah sekarang, tengok aku tunang dulu baru beranak." kata ku cuak.

"Na tolong naa aku give up dengan Naju ni." kata Husna malas nak layan otak biol aku.

"Apa yang kau nak risau sangat?" tanya Aina seolah-oleh cuba mahu memahami jiwa aku yang masih bercelaru.

"Kahwin? duduk dengan lelaki yang kita tak kenal? kalau dia sentuh naju? nanti dia kecewa.. naju gemuk, naju tak cantik. naju banyak parut luka. lemak naju tebal. naju tak kaya. naju pendek. naju berat. nanti pelamin senget sebelah." kata ku laju.

tangan aku mula menggeletar menandakan panic attack menyerangku.

suara Aina dan Husna yang memanggilku sudah tidak kedengaran.

HEART'S DEAREST (COMPLETED)Where stories live. Discover now