CHAPTER 6 - Nikah

2.3K 73 17
                                    

Selesai sahaja Kak Siti make up muka ibu, aku dipaksa memakai baju nikah aku.

Untung Aina dan Timah bantu aku pakai baju nikah. segala mak nenek skraf dan tudung dipakaikan pada aku.

Redha aku jadi bahan experiment mereka.

2 buah kipas ditalakan kepada aku. sebagai seorang yang berbadan agak besar yang kuat berpeluh, kipas sangat diperlukan tika memakai baju dan tudung yang berlapis.

"Lawalah najuuuu, habis kena kurung kau malam nanti" Kata Aina mengusik. Terus aku cubit peha Aina.

mulut tu asyik bercakap bukan-bukan je.

"kalau Ammar tengok tak lepas an, cer bayang kalau ex crush naju tengok.. melopong dia" kata Timah pula.

Aku cuma mampu mengelengkan kepalaku. Kenapa disebut-sebut lelaki yang pernah lukai hati aku tu. aduii.

"Cantik gila angah" kata Along yang masuk kedalam bilik.

"Cantik ke?" tanyaku lagi.

"Cantik gilaa, kalau ayah ada mesti dia puji" ujar along seraya membetulkan sedikit crown yang aku pakai.

"Angah sedih sikit" luah aku pada along.

Along mengangkat keningnya.

"Ayah tak ada tengok hari bersejarah angah. Ayah tak ada untuk jadi wali nikah angah" Air mata aku yang bertakung along kesat perlahan menggunakan tisu.

"its hurt so bad that he can't see me being pretty like this on my big day" kataku sebak.

"janganlah nangis. habis mekap kau nanti" kata Along yang sudah basah dengan air mata.

"angah rindu ayah sangat-sangat" luahku lagi.

"Lepas nikah bawa Ammar jumpa ayah, at least dia tahu ayah lepak underground yang mana satu."

aku pun mengangguk bodoh. kakak aku ni dengan dark joke dia tak boleh pisah.

"kau cerita lah pasal ayah kat dia. biar dia kenal arwah bapak mertua dia macam mana dulu.. garang macam singa" kata Along lagi

Aku tersenyum, wajah arwah ayah memang garang tapi ayahlah yang paling sempoi sekali, sporting dia kelakar dia buat rindu aku makin berbuak-buak.

"bawa pi kubur atok sekali, kau kan dah janji dengan atok nak bawak bakal suami kau jumpa dia dulu" pesan Along lagi.

Haahlah tak teringat aku, sudah berjanji dulu sebelum atok menghembuskan nafas yang terakhir.

perbualan kami terganggu kerana kehadiran Haizzat, Hazzim dan Hafizz .

"Along angah?? ibu panggil" tanya Haizzat tiba-tiba muncul didepan pintu bersama hazzim dan haffiz di sebelah.

"Asal nangis?" tanya Hazzim pelik.

Hafizz seperti biasa hanya bermain dengan mainan dia hidup dalam dunia sendiri.

"Kitorang rindu ayahh" jawab along.

Haizzat membawa Hazzim dan Hafizz kedalam bilik.

Kami berlima berpelukan erat.

Cuba menyalurkan kekuatan antara kami adik beradik.

pelukan makin dieratkan oleh ibu yang baru sampai.

Satu persatu dahi anak-anaknya dicium lembut.

makin banjir tangisan semua orang.

"Angah kahwin ni dengar cakap suami, jangan kuat merajuk sangat. manja tu pun agak-agak sikitt" pesan ibu pada aku, dahi aku dicium lagi sebelum ibu peluk aku dengan erat.

HEART'S DEAREST (COMPLETED)Kde žijí příběhy. Začni objevovat