SPECIAL CHAPTER 3 : Kampung (AmmarAzzira)

1.3K 51 2
                                    

Ammar menyelimutkan Adrieya dan Adiel yang berlengkar diatas katil kami.

padahal papa dengan mama dah hias lawa-lawa bilik tidur mereka tetap sahaja mahu menyibuk atas katil mama dengan papa.

"Okay kids tidur cepat esok kita nak balik kampung." Kata Ammar lembut sebelum baring disebelah Adrieya, Aku pula di sebelah Adiel.

"goodnight mama papa, Adiel love you" kata Adiel sebelum memeluk aku erat.

Adrieya sudah lalok dengan ngantuknya.

"goodnight hero papa" Balas Ammar  mengusap kepala Adiel

Diam menyelubungi kami, anak-anak sudah tertidur pulas diatas katil

"Heart's Dearest.." Panggil Ammar perlahan.

Lengannya masih menutupi matanya.

"Hmm.." balasku mengantuk.

Itu padahnya lepas dah jadi mama ni. sebelum pukul 10 je dah mengantuk. Kadang-kadang aku yang tidur dulu daripada anak-anak.

"Jom turun bilik bawah" ajak Ammar, terus terbuka luas mata aku.

Aku memandang Ammar yang tersenyum nakal memandang aku.

"Abang ni." Kataku malu.

"Jom Heart's Dearest abang rindulahh" rengek Ammar manja.

Ammar mula bangun dan menarik tangan aku keluar dari bilik.

"Abang ni kalau kantoi kita tinggalkan dorang, mahu merengek adik tu nanti" rungut aku sebaik sahaja masuk dalam bilik bawah.

Ammar yang sudah tidak sabar hanya diam memeluk aku erat dan mula menghujani ciuman manja dibelakang leherku.

"Abang sabar duluu" kataku mahu menolak Ammar.

"Apaa.. Abang rindu nii.." Kata Ammar masih tidak melepaskan aku.

Muka muncungnya membuatkan aku ketawa aduhai suami, comel sangat apahal.

Wajah ammar ku sentuh sebelum aku cium laju-laju.

"I love you heart's dearest."

"Hmm, payah sikitlah nak gedik-gedik dengan hearts dearest abang ni. lagi-lagi sejak anak ni. Hmm nanti kita cuti berdua je, tinggalkan sekejap Adiel dengan Adrieya dekat Thalia ke kat kampung ke." Balas Ammar tenang.

tangannya mula membuka butang baju tidur ku.

"Dasar gatal" kutuk aku sambil ketawa.

"Gatal dengan bini sendiri je so tak pe." Kata ammar sambil ketawa.

Bibirnya mula memaut bibirku perlahan. Aku mula jatuh dalam dakapan ammar.

Kami terbang bersama mimpi-mimpi indah.

*********

"Nenekk!!!! Induu!!!" Jerit Adrieya yang berusia 3 tahun itu,

Adiel pula masih terpisat-pisat matanya, baru bangun tidur.

Ammar mengangkat Adiel yang berusia 5 tahun itu.

"Nenek pun rinduuu.." kata ibu sambil memeluk erat Adrieya.

Aku menyalam ibu lalu memeluk dan mencium kedua-dua pipi ibu.

"Ibu sihat ke? Along dah sampai?" Tanya ku pada ibu.

"macam nilah ngah, sakit orang tua. along dah sampai tengah hari tadi, ibu suruh Along pergi beli barang tahlil arwah esok."

Ammar menyalam tangan ibu.

"Ibu sihat bu??" tanya Ammar lembut.

Adiel di dalam dukungannya masih lagi mamai.

Hmm si abang diam je, Si adik nakal sangat, buas.

HEART'S DEAREST (COMPLETED)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin