Heart's Dearest Raya III

498 24 1
                                    

Dengan hati riang aku mengeluarkan bagasi dari mazda milik Ammar.

Segala kuih raya yang dibeli juga dikeluarkan dari bonet kereta.

Mestilah kita bahagia, kita dapat jumpa ibu kita. Sayang suami kita sangat-sangat.

Ammar yang sedang stretching aku pandang sekilas. Kesian laki aku, sepanjang perjalanan ke pontian dia yang drive. Jammed tak jammed aku pun tak tahu yang penting bukan aku yang drive. Aku membuta je tadi.

Aku berlari masuk kedalam rumah, muka ibu kucari.

"Ibuuuuuuu!!" Jeritku terujaa.

Tubuh ibu kupeluk erat. Pipi ibu ku cium berkali-kali rindunya hanya Allah yang tahu.

"Ibu pun rinduuu. Ni dah baik dengan Ammar ke ni? Bukan main bahagia?"

"Dahhh. Angah berjaya pujuk Ammar raya kat sini" jawabku bangga.

Namun kepalaku diketuk oleh ibu.

"Aduhhh ibu nii. Sakitlahhh" mengaduh sakit aku.

"Ammar tu suami, ketua keluarga. Cuba dengar cakap suami sikit. Ni tak sikit-sikit nak merajuk nak melawan. Cuba hormat suami tu angah." Bebel ibu pula.

Aku macam, eh ibu orang sanggup berperang dengan laki sendiri semata nak raya dengan ibu ini ibu marah angah pulak.

"Ibu tak suka ke angah raya kat sini?" Kataku mahu merajuk.

"Bukan tak suka, tapi ibu tak suka angah tu melawan cakap suami. Minggu lepas bukan main complain benci Ammar lah apa lah. Semata sebab tak dapat raya dengan ibu je. Dah kahwin kenalah dengar cakap suami angah ni pun" bebel ibu.

Ibu ni kita baru je sampai, nak manja-manja dengan ibu sekali kena marah. Sedihnya jiwa raga angah.

"Yelah angah minta maaf. Lepas ni angah dengarlah cakap Ammar." Kataku kalah.

Nak lawan ibu tak boleh, eleh kau lawan cakap suami kau boleh pula.

Ammar lain. Ibu lain.

"Bukan minta maaf kat ibu, tu minta maaf kat laki angah sana." Aku pun mengangguk faham mendengar arahan ibu.

Susuk Ammar yang baru sahaja tiba di didapur  dipandang sekilas. Ammar betul betul berhenti disebelah aku. Tangannya naik merangkul pinggang aku.

Raut wajahnya yang blur membuatkan aku tergelak.

"Kenapa ni bu?" Tanya Ammar pelik

"Tak ada apalah, ni barang semua dah bawa naik ke?" Tanya ibu seraya duduk diatas kerusi.

"Dah siap dah. Kuih raya ada dalam bilik, nak letak kat mana?" Tanya Ammar pula.

"Letak lah bilik korang dulu, kat dapur ni nanti apis main pula" arah ibu.

Ammar mengangguk faham. Sempat lagi bibirnya mencium pipi aku sekilas.

Aku hanya mampu menjeling Ammar. Tak menyempat tau jantan ni. Tak malu ke ibu tengok.

"Dah beli cat ke bu? Haizzat kata warna hijau?"

"Haah hijau cair, Haizzat bawa Hafizz pergi beli berus cat dengan thinner. Kamu tolong si abang sekali lah ye Ammar."

"Boleh je bu. Ammar pi ambil cat dululah kalau cam tu. Nak kena gaul lagi tu." Kata Ammar sebelum bergerak mengambil cat di belakang rumah.

HEART'S DEAREST (COMPLETED)Место, где живут истории. Откройте их для себя