CHAPTER 12 - Sibuk

1.8K 81 4
                                    

Hampir sebulan aku bergelar isteri Tengku Ammar Thaqeef.

Selama sebulan ini juga aku duduk di rumah mummy.

Dan sudah 2 minggu aku tak nampak muka suami aku.

Sedihhh.

Aku rindu Ammar.

"Termenung nampak kak long" Tegur Thalia.

Aku cuma senyum kecil.

Kentang aku kupas diletakkan di tepi.

"Rindu Along ke tuu" Usik thalia.

"liaa ingat lepas kahwin dengan akak along dah tak amek job job tempah maut ni. Tapi Along kan. Otak dia bukan betul sangat" kutuk Thalia.

"Akak tak naklah halang along dalam kerjaya dia. Let him be. Asalkan dia bahagia." Kataku pada nya.

"Baru seminggu dah tinggalkan akak. pastu tak balik 2 minggu pulak tu. Sabar jelah" kutuk Thalia lagi.

Aku cuma diam. Menghela nafasku dengan berat.

Aku menyambung aktiviti memasak.

teringat permintaan Ammar sebelum dia bergerak ke Turkey untuk bantuan kemanusiaan.

Flashback

Aku membantu Ammar mengemas pakaiannya.

"Heart's Dearest, aku pergi lama ni." Kata Ammar menegur aku yang tekun melipat bajunya.

"Kau tak nak peluk aku?" tanya Ammar mengusik.

Aku cuma diam. Merajuk.

Dahlah nak tinggal aku sensorang lepas tu boleh pulak minta peluk.

Menyampah aku.

Aku orang terakhir yang dia bagitahu nak pergi Turkey esok.

Hahhhhh hangin satu badan aku.

Terus aku zip beg Ammar kuat. dan bangun dari katil. Mahu turun ke bawah. tak nak tengok muka Ammar.

"Hey hey hey" Kata Ammar lembut sambil menarik tangan aku agar dekat padanya.

"Bukan sengaja aku tak beritahu kau." jelas Ammar.

Muka masam aku tayangkan pada dia.

"Kenapa? sebab saya ni tak penting ke? saya ni orang luar je ke?" tukas aku kasar.

Marah ni marah.

"Ya Allah heart's dearest.."

"Aku tak nak kau sedih. Kalau aku bagitahu seminggu awal. Nanti kau muram bila dengan aku. Baik aku happy tengok kau happy depan aku. at least bila aku bagitahu kau lambat, kau tak sedih sangat." kata Ammar seolah membela diri.

"Habis tu, saya rasa saya ni bukan isteri awak. Mana saya nak letak muka bila mummy tanya Awak dah siap kemas barang ke belum. Awak ingat awak bujang lagi ke?" marahku cuba melepaskan pegangan tangan Ammar yang erat di pinggang aku.

"Heart's dearest jap. sekejap janganlah macam ni. Tak tenang aku nak gi kerja." Kata Ammar memeluk aku kuat.

"Habistu masa awak nak pergi tapi langsung tak bagitahu saya, saya boleh kerja dengan tenanglah macam tu " sinis aku membalas.

Jangan cari gaduh dengan aku.

Anak nombor dua pantang mengalah.

"Okay fine aku salah, please heart's dearest. Jangan marah please. aku janji aku tak akan rahsiakan dari kau lagi. aku tak suka tengok kau marah macam ni" pujuk Ammar.

"Saya terasa. Saya rasa macam saya ni bukan isteri awak. saya rasa saya ni macam tetamu je dalam rumah ni. Saya rasa saya ni tak layak pun digelar isteri awak. Saya rasa saya tak guna" jawabku menunduk kebawah. Tidak mahu memandang Ammar.

HEART'S DEAREST (COMPLETED)Where stories live. Discover now