SPECIAL CHAPTER 9 : Rela? (AmmarAzzira)

1.3K 44 6
                                    

Aku mengunci pintu rumah aku dengan  hati yang berat.

keluhan kecil aku lepaskan.

"Heart's dearest? dah siap? jom gerak." tegur Ammar perlahan.

Aku menarik senyum paksa lalu menghadap Ammar yang berada dibelakang aku.

"Abang.." Aku mendongak memandang Ammar.

Wajah Ammar yang masih tersenyum merenung aku penuh kasih.

Jantungku kembali tenang setelah melihat senyuman manisnya.

Senyuman yang menjadi idaman ku sejak dulu lagi.

"Abang jangan lupa singgah lunch dulu ea, kesian anak-anak lapar nanti." Kataku menutup keresahan hati.

"Iyaa heart's dearest, anak bujang dengan anak dara awak tu tengah gaduh nak makan apa. Pening abang dibuatnya.. sorang nak KFC sorang Nak MCD. so Abang cakap kita tengok mama lah." Kata ammar sambil menggelengkan kepalanya.

Aku ketawa mendengar cerita ammar,

Ammar menarik tangan aku kereta Mazda miliknya selepas aku selesai mengunci pagar rumah.

Aku, Adiel dan Adrieya akan menghantar Ammar melaksanakan tugas hakikinya sebagai prajurit negara.

kami memasuki kereta.

"Mama nak makan apa?" belum sempat aku memakai tali pinggang kereta, Adrieya sudah bertanya kepada ku.

Ammar ketawa kecil lalu membantu memakaikan tali pinggang keledar pada aku.

Apa yang aku lihat, sepanjang 9 tahun kami bernikah, Ammar tak pernah malu menunjukkan kasih sayangnya kepada aku.

Perlakuan Ammar yang spontan dan random juga menjadikan Adiel turut mengikuti langkah Ammar.

Sweet dan Gentleman

Dalam nakal Adiel, aku tahu Adiel menjadikan Ammar sebagai Role Model hidupnya.

Adrieya pula, semakin besar semakin cantik. Wajahnya yang seiras Ammar dn kulitnya putih sepertiku menjadikan Adrieya sering mendapat surat cinta dari rakan sekelasnya. Haihlah anak popular sungguh. Kalah mama ni hahh.

"Mama teringin nak makan Tomyum dengan Ikan siakap Stim lah, agak-agak macam mana?" Kataku sambil tersenyum kepada anak-anak.

Adrieya diam sebentar sebelum bercakap.

"Adiel okay je maa, adik ni tak tahulah" Balas Adiel.

"hmm adik pun okaylah, tapi esok adik nak MCD boleh ke ma?" tanya Adrieya membuat keputusan.

"boleh, lepas habis sekolah mama bawa adik dengan abang okay?" kataku mengizinkan.

"oh Yes!!" jerit mereka teruja dibelakang.

Ammar menggenggam tanganku erat, lalu menciumnya.

"Kita singgah restaurat favourite abanglah." kataku memandang Ammar yang masih lalai mencium belakang tanganku.

"okay Heart's Dearest." balas ammar singkat seraya memulakan pemanduannya.

**********

Aku membiarkan anak-anak memeluk Ammar

Aku membiarkan anak-anak meluangkan masa dengan Papa mereka sebelum papa mereka bergerak ke medan perang.

Sebak hatiku melihat hubungan anak beranak yang erat.

Adrieya sudah menangis terisak-isak, sedih melihat papanya akan meninggalkan mereka dalam tempoh masa yang tidak diketahui.

"Papa, adik will miss you so much.. Papa jangan lupa adik tau.. adik akan selalu ingat papa." Kata Adrieya tersedu-sedu.

HEART'S DEAREST (COMPLETED)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin