CHAPTER 20- Harta

1.3K 50 8
                                    

Sebaik sahaja aku sampai dirumah mummy kelihatan kereta Ayahanda elok terpakir di luar rumah.

Nampak sangat tak menyabar.

Aku menantu je, malas nak masuk campur dalam urusan orang kaya.

Terus aku masuk kedalam bilik aku dan Ammar.

Bukak sahaja pintu, bau wangian Ammar menusuk hidungku.

Mesti mummy selalu spray bilik ni dengan perfume Ammar sebab tu rasa macam Ammar dekat je dengan kami.

Aku tersenyum kecil seraya membuka tingkap bilik kami.

Bila dah tenang, duduk dengan ibu dengan mummy dengan thalia yang banyak mulut.

Hari aku lebih terisi dengan mereka dari memikirkan Ammar.

Semoga Aku kuat sekali lagi untuk teruskan hidup tanpa Ammar.

"Akak?" Panggil Thalia di depan pintu bilik.

"Abang Am dah sampai, ayahanda tu macam tak sabar-sabar sangat" kutuk Thalia membuatkan aku ketawa kecil.

Aku dan Thalia menuju kebawah,

kelihatan Ayahanda, mama Hawa dan Amelin sedang tersenyum gembira menantikan wasiat Ammar.

Nenda pula hanya selamba minum air kopinya manakala Adham dan mummy pula berbual mesra.

"Cepat sikitlah turunnya tu" Sindir Mama Hawa membuatkan aku mengangkat kening.

Aku dan thalia cepat-cepat duduk disebelah mummy.

Manakala Adham pula mula mengeluarkan dokumen-dokumen penting Ammar.

Semuanya bersedia mendengar wasiat daripada Adham.

"Assalammualaikum, saya Adham selaku peguam kepada Allahyarham Tengku Ammar Thaqeef." Ujarnya formal.

"Sudah genap 14 hari, arwah telah meninggalkan kita. Hadirnya pada hari ini, saya akan membaca wasiat beliau."

"Sebelum saya memulakannya, adakah waris Tengku Ammar Thaqeef berada disini?"

"Tengku Amril Taufiq, Tengku Aishah dan Tengku Ammara Thalia dan isteri sah arwah Puan Najwa Azzira berada disini?" tanya Adham.

"Skip the formality, terus baca jek" kata Mama Hawa tak sabar.

Aku cuma mampu menggeleng kepala aku.

Adham mengabaikan arahan Mama Hawa.

"Saya ada satu pertanyaan untuk puan Azzira. "

"Andai puan mengandung, wasiat ini tidak dapat dibacakan selagi puan belum bersalin" Kata Adham membuatkan aku menelan air liur.

"Kenapa?" tanya Aku pelik.

Apa kena mengena kandungan aku dan wasiat Ammar.

"Sekiranya puan mengandung, Wasiat Tengku Ammar Thaqeef seratus peratus berubah." terang Adham.

"Maksudnya?" Kata Ayahanda keras.

"Maaf tengku, maklumat sulit. Saya kembali kepada soalan saya. Adakah puan mengandung? Adakah puan mengandungkan anak sah taraf Tengku Ammar?" Tanya Adham lagi.

Semua mata tertumpu kepadaku.

Aku mengangguk menandakan yang aku sedang mengandungkan zuriat Ammar.

Tepukan kuat di meja kopi itu membuatkan semua orang terkejut.

"Memang celaka!" Hambur Ayahanda.

"Tah tah anak haram. Lepas suami mati cari jantan lain" Kata Mama Hawa.

HEART'S DEAREST (COMPLETED)Where stories live. Discover now