CHAPTER 27 - Kecewa

1.6K 62 6
                                    

Aku termenung di balkoni rumahku.

Sudah hampir seminggu sejak aku dijumpai didalam hutan.

Dijumpai oleh Ashtan, Howard dan Harith dalam keadaan tidak sedarkan kerana stress yang melampau.

kerana keadaan ku yang agak lemah

Mak Itam dan anaknya Safiyah menjaga aku dirumah.

Pengetua siap memberikan aku cuti sebelum aku masuk kedalam sekolah semula.

"Cikguuu. itu mak sudah masak bah. Jangan lupa makan" pesan safiyah kepada ku.

"Terima kasih fiyaa, mak itam" kataku sambil tersenyum.

"tak apalah mak itam dah biasa jadi nurse" kata mak itam ketawa.

Mak Itam merupakan jururawat yang menjadi sukarelawan semasa pencerobohan Lahad Datu semasa 2013. Kemudian dia jatuh cinta dengan Pak Itam yang menjadi guru tetap di sekolah yang berdekatan. mereka mengambil keputusan untuk menetap di kampung indah ini dan membesarkan anak-anak mereka.

"Tapi mak itam mantap gila, sumpah sedap. Macam ibu masak" kataku pada Mak Itam.

"yelah mak itam jarang masak makanan semenanjung. Anak-anak Mak itam semua tekak orang sini. Kalau nak masa untuk Mak Itam je macam membazir pula. Untung ada kamu ziraa, mak itam pun dapat merasa lagi makanan semenanjung ni. " seloroh mak itam lagi.

"Ni kamu esok betul ke masuk sekolah balik?" Tanya mak itam serius.

"Okay je mak itam. dah boleh lari dah ni" kata ku ketawa kecil.

"Iyalah kamu jaga diri, Makan tu jangan lupa. banyak sikit makannya. susut dah mak itam tengok kamu ni. mak itam dengan fiya balik dulu" kata mak itam sebelum beransur pulang kerumahnya.

Aku tersengih sahaja mendengar pesanan Mak Itam.

mataku menghantar kepulangan Mak itam dan safiyah kerumahnya.

Maklumlah rumah aku memang agak jauh dengan rumah penduduk kampung dekat sini.

Mak Itam persis ibu dan Mummy, sangat mengambil berat tentang aku, sedangkan aku? asyik mengecewakan mereka sahaja.

rindu pula kesayangan-kesayangan aku itu, semoga Allah salurkan kerinduan aku pada Ibu dan mummy tercinta disemenanjung sana.

Aku termenung melihat keindahan langit malam.

cantik sangat.

Aku rasa tenang meskipun kesedihan masih menyelubungi hati aku.

Bibir aku menggumam sebuah lagu yang menjadi kegemaran aku tika ini.

biarkan malam menemani hariku.

Waktu demi waktu
Hari demi hari
Sadar ku t'lah sendiri
Kau t'lah pergi jauh
Tinggalkan diriku
Ternyata ku rindu

Senyuman yang s'lalu membungkus hati yang terluka
Di depan mereka
Tuhan masih pantaskah ku 'tuk bersamanya
Karna hati ini inginkannya

Tak segampang itu ku mencari penggantimu
Tak segampang itu ku menemukan sosok seperti dirimu cinta
Kau tahu betapa besar cinta yang kutanamkan padamu
Mengapa kau memilih untuk berpisah

Ho
Terlalu besar kutaruh harapan pada dirimu
Itu alasanku lama tanpa dirimu oh
Mereka yang bilang ku akan dapat lebih darimu
Tak mungkin
Semua itu tak mudah oh

Ku mencari penggantimu
Tak segampang itu ku menemukan sosok seperti dirimu

Oh cinta
Kau tahu betapa besar cinta yang kutanamkan padamu
Mengapa kau memilih untuk berpisah

HEART'S DEAREST (COMPLETED)Where stories live. Discover now