SPECIAL CHAPTER 4 : Do You Love Me? (LuqmanMirhan)

1.1K 43 7
                                    

Luqman Ziqqim meraup mukanya kasar.

Satu berita yang sangat tak dijangka. Dia baru sahaja balik dari operasi besar dan balik-balik kena Kahwin paksa?? Apakah?     

"Ma, Luq muda lagi lah ma. Luq belum bersedia nak galas tanggungjawab sebagai seorang suami." Luq membantah

"Luq tu dah 27  tahun dah. sepatutnya dah timang anak dah. kawan-kaan luq semua dan nikah" Betah mama

"Mama nak cucu. Lagipun Mirhan tu elok je mama tengok. Sopan je. Apa salahnya." selamba Mama berkata.

"Maaa.. biaq pi depa lah maa. Luq nak enjoy lagi. Kerja Luq membahayakan.. Luq tak nak tingalkan isteri Luq seorang diri ma."

"Mama tak kira, mama dengan papa dah hantar rombongan meminang dan Mirhan pun dah setuju. Luq jangan nak malukan mama. next month majlis" kata mama sebelum bergerak naik ke atas.

Luq mengeluh, Luq memandang papanya minta simpati.

"Dah sampai seru dah tu." Kata Papa ketawa kecil.

Luqman terus memandu kereta ke rumah Hantu atau dikenali sebagai Aiman.

Terbahak-bahak Aiman ketawa mendengar masalah sahabatnya ini.

"tak masalahnya kau dah jumpa kesayangan.. Falah pun tengah nak menganyam dua hati. Aku je ke tinggal sorang?" Terus terhenti ketawanya.

Kali ini Luqman pula bantai gelak. Terus monyok muka member.

"ni kau nak jumpa bakal bini kau bila?" tanya Aiman malas nak melayan otak masuk air Luqman

"sekejap lagi, kau teman aku lah ea. aku seram lah nak jumpa perempuan ni. Kalau jumpa yang kaki kontrol macam Hummaira dengan Azzira sia-sia je hidup aku." rungut Luqman perlahan

"Tang mana kaki kontrol?" Tanya Aiman pelik, "Biasa je aku tengok pasangan dua sejoli tu. Bahagia je"

"kau tak nampak ke bila dua singa betina tu mengamuk fuhh aku yang duduk tepi pun gerun" Luqman auta lebih. Aiman cuma gelak dengar ayat Luqman.

Luqman meneruskan perjalanan mereka ke sebuah cafe untuk berjumpa dengan Mirhan Anisyah, bakal Isteri Luqman.

"Aku nak kaup tolak pinangan mama aku." Kata Luqman setelah lama mereka berdiam diri.

"kenapa?" tanya mirhan blur.

Luqman terdiam.

Aiman disebelah seperti mahu ketawa dengan pasangan bakal pengantin ni.

"Aku tak sedia lagi. " kata Luqman laju.

"Oh.." Balas mirhan singkat membuatkan Luqman terkebil-kebil matanya.

"ibu saya yang terima lamaran tu. Awak kena bincang balik dengan ibu. Saya tak boleh masuk campur sebab saya cuma anak." Balas mirhan menambahkan beban dalam kepala Luqman.

"Tapi yang hidupnya kita berdua" kata Luqman perlahan.

"Saya tahu.." balas Mirhan pula.

Aiman yang sudah merasa canggung mengajak rakan Mirhan, Tasya mencari aiskrim.

"Awak benci sangat ke kat saya?" Tanya Mirhan lembut, matanya memanda mata Mirhan

"Aku..." balas Luqman tergagap. Terkaku Luqman mendengar suara lembut Mirhan.

"Saya terima lamaran itu dengan ikhlas, ibu saya kenal awak.. dia kenal keluarga awak. jikalau ibu dan ayah saya sudah terima awak maknanya dia dah tahu hati budi awak. dia dah tahu baik keluarga awak." jelas Mirhan.

Luqman mengeluh perlahan. seperti kalah dalam pertarungan ini.

"Kerja aku tak tentu. Ada masa aku tak balik sampai berminggu. adakalanya berbulan. Aku dah biasa hidup berseorangan. Kau bersedia ke nak masuk dalam dunia aku? Perkhawinan kita bukan macam perkhawinan orang lain. Kita tak cintakan antara satu sama lain." tanya Luqman datar.

HEART'S DEAREST (COMPLETED)Where stories live. Discover now