SPECIAL CHAPTER 10 : Cinta Teragung (AmmarAzzira)

2.2K 91 35
                                    

2 bulan

2 bulan Abang pergi menjalankan tugas sebagai pembenteng negara.

Bila Abang nak balik?

Anak-anak rindukan abang.

Ira rindukan abang.

Ira rindu abang, abang akan kembali dengan selamat seperti sebelum ini kan?

Abang tak akan tinggalkan Ira seorang diri dengan Adiel dan Adrieya kan?

malam yang pekat itu aku renung.

Tenang malam tidak mampu menenangkan jiwaku yang dipagut resah.

Bulan dan bintang yang indah juga tidak mampu menenangkan hati yang gundah gulana.

Hanya doa yang aku mampu sampaikan pada dirinya yang masih gigih membela ibu pertiwi.

Yang masih gigih mempertahankan negara.

Namun aku tidak kuat seperti yang Ammar sangka.

Sedangkan kematian palsu Ammar sahaja hampir membuatkan aku gila.

Aku tak kuat sekiranya aku perlu menghadapi situasi itu sekali lagi.

Aku tak kuat sekiranya Ammar kembali bersama jasadnya yang kaku.

Aku tak kuat.

Aku takut kehilangan Ammar untuk sekali lagi.

Aku takut.

Adakah Aku mampu menerima kenyataan?

Mampukah aku teruskan hidupku bersama anak-anak tanpa Ammar?

Mampukah Aku bangkit?

lamunan ku terhenti, apabila mendengar deringan telefon pintarku.

Panggilan tersebut ku angkat,

"Assalammualaikum Puan Najwa Azzira, Saya Leftenan Kolonel Haziq daripada Angkata Tentera Darat Pasukan Gerak Khas Regimen 11 unit Alpha A1 ingin memaklumkan bahawa Kapten Tengku Ammar Thaqeef telah gugur semasa menjalankan misi..." Terus terduduk aku mendengar berita itu.

"puan?.." panggil lelaki itu lagi.

"Mama?" Panggil Adiel yang baru sahaja masuk dalam bilik ku dan Ammar.

Terus Adiel duduk disebelahku.

Aku gagahkan diri mengambil semula telefon yang jatuh ke bawah.

Aku perlu kuat.

"Saya.." kataku sebak.

"saya ingin memaklumkan bahawa, pihak ATM dalam perjalanan ke rumah puan untuk melakukan pengesahan jasad." aku mengigit bibir ku kuat menahan tangisan yang bakal keluar.

panggilan di matikan.

Adiel memerhati aku yang masih gigih menahan pedih didalam hati.

"Mama?" Panggil Adiel lembut.

Tangannya lembut memegang tanganku.

"Adiel tolong mama kejutkan adik boleh? kita kena gerak pergi hospital, sekejap lagi kawan papa ambil kita." Kataku sebak memandang Adiel yang terkedu dengan perkataanku.

"Go abang, siapkan Adik."

Adiel menurut perintah aku walaupun jelas dia tidak mahu meninggalkan aku sendirian.

*********

Kain yang menutupi jasad itu, aku pegang dengan tangan yang mengigil.

mengharapkan jasad itu bukan Ammar Thaqeef.

HEART'S DEAREST (COMPLETED)Where stories live. Discover now