Bab 1

1.4K 27 0
                                    

Dewan Ketibaan Lapangan Terbang Atartuk hingar bingar dengan gurau senda dan salaman mesra saudara mara, teman dan taulan menyambut ketibaan orang-orang yang dinanti. Saat itu, ia juga menyaksikan pertemuan Muhammad Nuqman dan Puteri Zulaikha.

"Merhaba, Ika! Seni seviyorum..." Nuqman berbahasa Turki sambil mengangkat dagu Puteri dengan hujung jari, menatap Puteri yang kini bertudung ayu dengan selendang sutera pemberiannya. Kening Puteri terangkat, tidak mengerti.

"Haa!? Awak suruh saya balik ke?" Nuqman ketawa. Pantas dia menarik hidung Puteri yang mancung. Pandai bergurau rupanya dia.

"Silly! I said, I love you..." Pertama kali mereka ketawa bersama.

Namun akhirnya derai tawa terhenti, berganti senyuman yang panjang. Dek kerana masing-masing kehilangan kata, minda kalut menerka, mereka serentak membuang pandang ke sekeliling sambil menarik nafas menahan tekanan gelombang rasa yang sangat hebat di hati masing-masing.

Dia kata, dia cintakan aku? Betul ke apa yang aku dengar ni? Selamba macam tu je? Isyhh! Tak mungkin! Dia nak cakap bahasa Turki je tu. Agaknya itu je yang dia tau... Hmm... Tak mungkin! Jangan teruja, Puteri... Relaks! Tenang! Hati Puteri berbisik kelam-kabut. Sesekali dia mencuri pandang ke wajah Nuqman, mencari sesuatu. Namun entah kenapa Nuqman seperti mengelak dari memandangnya.

Biar betul aku ni! I've just said that I loved her! Err... Nak sambut dia dalam bahasa Turki konon! Macam tak ada ayat lain! Isyhh... Kenapa dengan aku ni? Tetiba jadi macam ni... Minda Nuqman kalut. Dia meraup muka, melindungi riak wajah kebingungannya.

Do I really love her? Fuhh... Macammana aku boleh lafaz semudah itu? Namun tak salah kan? Tapi sebenarnya betul ke tak? Ahh...! Hatinya mengeluh berat. Berkerut dahinya mencari jawapan. Dia menyapu ubun-ubun bila terasa peluh dingin memercik. Akhirnya Nuqman menarik beg troli dan sebuah beg sandang yang kecil milik Puteri. Selalu dengar orang susah nak melafazkan cinta, kan? Aku pulak? Selamba gila! Hati Nuqman ketawa dalam nada yang sumbang. Entah apa-apa!

"Jom... Kita balik dulu. Awak kena rehat. It was a long trip. Alhamdulillah awak selamat sampai... Kalau tak, tak taulah saya kat mana nak cari awak!" Puteri sempat menjeling pada Nuqman yang tersenyum mengusik di hujung katanya. Kemudian dia cepat-cepat menghayun langkah untuk seiring dengan Nuqman tanpa banyak soal bicara lagi. Gerun juga dia kalau bersendirian di bumi asing. Walaupun dia pernah keluar negara bersama keluarga namun kali ini berbeza, terasa sangat keseorangan. Dia hanya ada Nuqman...

Musim dingin di Istanbul walaupun tiada salji tapi tetap rasa teramat sejuk. Ditambah pula hujan renyai-renyai. Puteri berhenti melangkah sebaik sahaja terasa angin dingin menampar pipinya, mengelus sekujur tubuhnya. Dia menghimbau pandangan ke sekeliling. Ruang di luar dewan ketibaan lapangan terbang itu tidak terlalu sibuk. Puteri cepat-cepat menyarungkan kot labu bagi mengurangkan kesejukan yang menikam. Ada tangan tiba-tiba menyentuh pinggangnya. Dalam terkejut, Puteri terdongak.

"Sejuk?" Nuqman merapatkan tubuh mereka. Kehangatan perlu pada waktu-waktu begini. Puteri menelan airliur. Ambik kesempatan nampak! Tiba-tiba payung terbuka di atas kepala. Nuqman terus melangkah sambil memegang payung di tangan kanannya dan membawa beg di tangan kiri, memaksa Puteri ikut melangkah di bawah payung yang satu. Patutlah rapat, dia nak payungkan! Nasib baik belum sempat komen apa-apa.

Dari jauh, mereka kelihatan seperti sepasang kekasih namun hakikatnya masing-masing tahu. Bersama kerana takdir namun bukan kehendak hati, mereka terus melangkah dengan irama berbeza.

Membisu sepanjang perjalanan, Puteri hanyut dalam gelombang perasaannya. Entah kenapa, dia selalu jadi begitu bila lelaki bernama Nuqman ini ada bersamanya. Nuqman tidak seperti yang lain. Bukan seorang dua tapi sudah hampir cukup sepuluh jari, lelaki-lelaki yang mendampingi Puteri, cuba untuk mengisi kekosongan hatinya, ingin menjadi teman hidup, pelindung dan pemimpin yang kononnya mampu mengemudi bahtera hidupnya. Sedangkan dia sangat tahu betapa merekalah perosak masa depan kaum hawa. Kaum yang mereka anggap lemah sedangkan sangat mampu malah lebih selamat hidup sendiri daripada bergantung hidup dengan mereka. Kononnya mereka wira yang sanggup berkorban diri dan apa sahaja demi wanita kesayangan mereka atas nama cinta sejati! Satu keluhan penuh rasa jelek terluah di bibirnya. Dia bukan wanita seperti itu! Bukan dilahirkan untuk menjadi mainan nafsu lelaki. Itu tidak akan berlaku dalam hidupnya. Dia sudah lama tekad untuk tidak akan tunduk kepada mana-mana lelaki. Sebaliknya dia akan melakukan apa saja untuk menundukkan mereka. Ha! Ha! Sampai mereka sanggup korbankan apa saja demi cinta dan perhatiannya. Selepas dia cukup puas hati membuat hidup mereka sengsara, mereka akan ditinggalkan terkapai-kapai. Dan sama sekali dia tidak akan berpaling ke belakang walau macammana pun dirinya dirayu. Men are not worth her time.

MAKNA PADA RASAWhere stories live. Discover now