Bab 29

396 6 0
                                    

Nuqman terasa hangat dan selesa. Ada sesuatu yang lembut dibahunya. Bau harum yang tak biasa dia hidu menyenangkan penafasannya. Hmm... asyiknya. Tapi ada sesuatu yang agak berat di dada dan pehanya. Nuqman rasa bagai dipeluk orang.

Matanya perlahan-lahan terbuka. Dalam mamai dia menyentuh dadanya. Dia menelan liur. Memang dia sedang dipeluk seseorang. Puteri! MasyaAllah! Eh, Subhanallah! Isyhh... biar betul!

Kepala Puteri manja terlentok di bahunya. Pipi dan hidung gadis itu menyentuh leher dan bahunya. Dia tidur nyenyak, mengiring sambil memeluk Nuqman erat sekali. Bagaikan bantal peluk! Bertuahnya badan! Hati Nuqman berbisik bahagia.

Enak sungguh rupanya tidur dipeluk isteri. Teringinnya nak membalas pelukan itu. Jangan! Hatinya melarang. Nanti Puteri akan terbangun dan saat-saat indah ni akan berlalu...

Nuqman memejamkan matanya semula, menikmati, menghayati detik-detik bahagia. Bibirnya menguntum senyum. Begini rasanya saat bangun di sisi orang yang dikasihi. Hangat dan manja. Rasanya Nuqman tak mahu lagi tidur sendirian! Sejuk dan sunyi.

Dia teringatkan sesuatu. Perlahan dia menoleh ke kanan. Telefon bimbit Puteri ada di situ. Dia capai dan jam di skrin ditelek dalam pandangan yang belum jelas. Matanya masih teramat berat. Mengantuk.

Allah! Dah pukul empat pagi. Sekarang Istanbul memasuki musim panas, jadi waktu siangnya lebih panjang. Ada empat puluh minit lagi sebelum masuk waktu Subuh. Agak terlewat untuk tahajjud tapi masih sempat.

Nuqman menoleh ke sebelah kirinya. Puteri manja terlena. Oh Tuhan! Ujian sungguh! Sayang rasanya nak berpisah dengan Puteri saat dipeluk begini. Antara tahajjud dengan Puteri... mana yang harus aku pilih? Nuqman tersenyum. Boleh fikir-fikir lagi?

Perlahan dia mengangkat tangan Puteri dari dadanya. Kepala Puteri dialihkan ke bantal. Puteri menggumam lagi, berpusing ke sebelah sana seolab-olah merajuk tidurnya diganggu. Nuqman menarik selimut yang masih terlipat kemas di hujung katil. Diselimutkan tubuh Puteri agar dia kekal hangat. Pasti dia terlalu mengantuk kerana mengikuti teleconference malam tadi.

Nuqman keluar perlahan-lahan menuju ke biliknya dan berwuduk. Kemudian berdiri di saf putih yang dihampar di ruang tamu. Dia mengerjakan amalan rutinnya, solat tahajjud dan witir. Tidak ada masa lagi untuk solat taubat atau solat hajat lalu dia berselawat menunggu azan Subuh.

Teringatkan Puteri yang masih terlena, dia bingkas bangun menuju ke bilik. Melihatkan Puteri tidur nyenyak, dia pasti gadis itu takkan sedar sendiri untuk bangun solat Subuh. Tangannya masuk di bawah selimut mencari ibu jari kaki Puteri. Ditarik beberapa kali. Puteri menggumam lagi, menarik kakinya. Marah tidurnya diganggu.

Tak boleh jadi! Nuqman duduk dibirai katil. Bahu Puteri ditepuk beberapa kali.

"Ika! Ika! Bangun solat Subuh dulu." Puteri menarik selimut menutup kepalanya. Nuqman menarik selimut itu semula.

"Ika, bangun sayang." Nuqman berbisik lembut di telinganya.

"Hmmm..." Puteri merengek manja. Nuqman tersenyum. Suka dipanggil sayang, rupanya.

"Ika sayang," bisiknya lagi.

"Hmmm..." Dia merengek lagi. Nuqman tahu Puteri sudah sedar dari lena.

"Ika sayang, bangun solat. Kalau tak nak bangun, saya cium ya?"

"Hmmm..." Dia merengek lembut. Nuqman meniruskan pandangan. Memang nak dicium agaknya?

"Hah?" Selimut disentak, matanya terbuka luas. Nuqman dan Puteri sama-sama terkejut.

"Awak!" Dia terjerit dan menyentak selimut menutup mukanya semula. Ingatkan mimpi! Dia sangkakan dia sedang bermimpi bermanja dengan Nuqman. Rupanya betul! Malunya!

MAKNA PADA RASAWhere stories live. Discover now