Bab 14

347 5 0
                                    

"Saya tak kenal awak! Saya tak mahu tahu pasal awak! Dan saya tak peduli siapa pun awak! Is that clear enough?" Jeritan wanita itu sedikit pun tidak mengugat dirinya. Kerinduan yang menggunung ini tak tergoncang sedikit pun walau sekuat mana gempa amarahnya. Dia menarik nafas dalam-dalam.

"Nadia... beri abang peluang, tolonglah. Bertahun abang cari Nadia, sampai abang balik ke Congreve Street. Amie kata Nadia pindah. Tak ada di KCL lagi. Abang cuba dapatkan info tapi semuanya confidential. Abang tahu Nadia larikan diri dari abang tapi abang tak tau kenapa." Wanita itu hanya membisu. Tiada reaksi. Hanya dadanya yang masih berombak marah. Wajahnya lebih masam dari cuka. Kalau dicurah pada ikan, mungkin reput terus. Tapi dia tak peduli. Peluang ini harus digunakan sebaiknya walau bagaimanapun respon darinya. Lagipun, dia yakin dengan wanita itu. Yakin kerana cukup kenal dengan hatinya. Luaran Nadia bukan dalamannya.

"Walaupun abang tak faham apa yang berlaku tapi abang tetap nak bersama Nadia. Abang rindu. Abang tak pernah putus asa nak hidup dengan Nadia. Nadia tetap isteri abang." Setenang air di tasik biru. Benar... lelaki itu tetap sama seperti dulu. Dalam apapun keadaan, dia tenang dan mendamaikan. Namun kali ini, hatinya semakin terbakar melihat ketenangan itu. Apatah lagi, perkataan itu yang dilafazkan. Isteri!

"How dare you! How dare you barge into my office and say that! After what you did to me?" Desis Nadia. Cukup perlahan tetapi penuh emosi. Jantungnya bagaikan hendak pecah menahan marah. Dia berpaling dari lelaki itu. Berpaling dari babak kebodohan melampau yang tak pernah terjangkau oleh akalnya – membiarkan dirinya ditipu hidup-hidup oleh lelaki itu.

"Nadia... I'm sorry. I would not hurt you. Not intentionally... never! But if I did, I'm really sorry..." Suara itu mendekat, memujuk sepenuh hati. Harumannya semakin kuat. Haruman yang sama. Yang dirindu. Bahunya disentuh. Sekujur tubuhnya yang panas terbakar tadi terais. Beku. Kaku.

"Nadia..." Pinggangnya pula disentuh lembut. Perlahan dia dirangkul dan didakap dari belakang. Mendengar namanya disebut-sebut dalam desah nafas itu membuatkan jantungnya tiba-tiba bagaikan hilang fungsi. Hati ini bakal cair kalau terus begini!

"No! No... please...!" Dia cuba melepaskan diri. Entah dari rangkulan itu atau dari rasa takut pada diri sendiri.

"Syyhh... Nadia... don't...!" Suara itu berbisik lagi. Suara yang sering datang dalam tidurnya. Tapi kini dalam jaganya. Kedua tangan itu meleraikan rangkulannya tapi hanya untuk menyentuh dan mengusap bahunya dari belakang. Bagaikan terkena sentuhan ajaib, perlahan-lahan dia hilang daya untuk meronta lagi. Suara dan sentuhan itu memang sentiasa membuatkan hatinya cair dan menyerah. Marahnya berterbangan.

"Nadia... Abang rindu... Terlalu rindu..." Bisikan itu bunyinya terlalu luhur di pendengaran. Sentuhannya, dakapannya, kehangatannya meruntuh tembok hati yang dibina selama ini. Mengapa dia tak dapat bahagia selamanya begitu? Apakah dia tak layak... Dia memejamkan mata serapat mungkin. Menahan kocakan rasa rindu dan kasih yang menggila di dalam. Yang sekian lama dia kuburkan kini tiba-tiba bernafas segar penuh harapan. Setitis airmata yang selama ini dinafikan gugur juga.

"Come back to me, Nad. I need you. As always. Can't live without you...." Suaranya lirih berbisik penuh kasih. Benarkah? Pipi bersentuh pipi. Terasa basah. Airmata mereka sama mengalir dalam menahan pedih kerana kerinduan yang teramat. Jemari kian bertaut bagaikan takut untuk terlepas sekali lagi. Tubuh mereka bersatu. Hangat bergelora melerai rindu sekian lama.

"Abang tak pernah berniat nak lukakan hati Nad. Abang terlalu sayangkan Nad. Takdir yang berlaku tetap akan berlaku... Tapi kita tak harus terpisah, Nad. Apapun, kita tetap akan bersama. Abang janji..." Suaranya bergetar sayu. Rayuannya tak berpenghujung.

MAKNA PADA RASAWhere stories live. Discover now