Bab 23

303 2 0
                                    

"Sejak bila, Liha?"

"Sejak abang putuskan hubungan dengan dia. Dia mengaku, dia tak kuat, abang. Kalau jumpa Liha dengan mama, dia mesti ingat apa yang berlaku. It was too much for her." Mata Ammar terpejam rapat mendengarnya. Bagai ada sembilu yang menghiris tangkai hatinya.

"She changed a lot since then...," keluh Maliha lagi. Terkejut Ammar.

"Changed? Apa maksud Liha?"

"Liha... Liha rasa dah tak kenal Puteri lagi. She mixed with different girls. I guess... she tried to move on, that's all." Luah Maliha lagi. Nafasnya sesak di situ. Melihat Puteri yang berubah menjadi gadis yang suka keluar membeli-belah, makan dan lepak-lepak bersama teman-teman yang kebanyakannya jenis suka berpoya-poya amat mengejutkannya. Cara penampilan turut berubah. Puteri mula tampil ranggi dan bergaya. Walaupun masih tidak sukakan solekan tebal seperti teman-temannya tapi wajah Puteri yang cantik semakin terserlah. Dia mudah didekati dan berbual dengan sesiapa sahaja. Dan yang paling ketara, dia kerap bertukar teman lelaki!

Dia benar-benar kehilangan Puteri, satu-satunya sahabat karib sejak sepuluh tahun dulu. Puteri yang suka berbaju kurung atau bergaun labuh. Gemar membaca dan meneroka bersamanya. Agak naif dan kurang mesra dengan lelaki yang tak dikenali. Cuma dengan Maliha, dia rasa selesa untuk jadi diri sendiri. Kalau bersama dengan Maliha dan mama, keletah dan manjanya boleh tahan! Sebab itulah Ammar terpikat. Dek kerap melihat Puteri dari jauh ketika bersama Maliha dan Mama, Ammar jadi tertawan.

Maliha sedih. Dia tak punya kakak atau adik. Dia hanya ada Ammar dan Puteri. Tapi Puteri bagaikan benar-benar melupakannya apabila dia mahu melupakan Ammar. Sedalam itulah kasihnya. Sedalam itu juga dia terluka.

Maliha tak sampai hati hendak luahkan pada abangnya tentang Puteri. Dia sama sekali tak membenci Puteri bila dia berubah sampai begitu rupa. Tapi dia sakit. Sakit dan sedih setiap kali Puteri bertukar pasangan. Kerana Maliha tahu, lelaki-lelaki itu tidak akan kekal bersamanya. Dia hanya mempermain-mainkan mereka sepertimana dirinya pernah dipermainkan. Perempuan, kalau sudah marah, boleh terbakar dunia dibuatnya!

Hakikatnya Puteri sedang menderita dan belum bertemu ubatnya. Dia berubah menjadi gadis yang tidak lagi berperasaan. Pujuk rayu lelaki jadi mainannya. Airmata lelaki jadi kebahagiaannya. Maliha hanya mampu melihat dari jauh, tiada daya hendak mengubati lukanya kerana di antara mereka ada benteng yang dibina puteri.

"Kita kena jumpa dia, Liha. Abang nak mintak maaf. Kalaulah... kalaulah dapat abang kembalikan waktu dulu. Ya Allah... what have I done?" Ammar terduduk di bangku batu itu. Hatinya bagaikan diruntun bila mengenangkan gadis itu.

"Entahlah, bang. Liha pun memang perlu sangat nak jumpa dia. Tapi handphone dia dah lama tukar nombor. Akaun FB dah tak aktif. Emel tak pernah berjawab."

"Sekarang kan cuti semester? Mungkin dia ada kat rumah kalau dia tak bercuti ke mana-mana. Kita pergi je rumah dia, Liha?"

"Tapi... tapi Liha dah janji."

"Janji?"

"Puteri mintak Liha janji, kalau betul Liha sayangkan dia, jangan jumpa dia lagi."

"Ya Allah! Kenapa sampai macam tu sekali, Liha?"

"Sebab dia terlalu sayangkan abang. Dia sakit sangat, abang." Airmata Maliha gugur ke pipi.

"Dia tak mahu sesiapa pun rapat, tak bagi Liha pujuk dia, tengok dia menderita. Dia tanggung semuanya sorang diri. Depan Liha, dia langsung tak menangis. Tapi tak berapa lama lepas tu, auntie Nadia beritahu yang Puteri sakit. Doktor sahkan dia alami kemurungan." Terluah juga semua itu dalam payah. Sesekali, Maliha memang bencikan abangnya!

MAKNA PADA RASAWhere stories live. Discover now