Bab 17

307 7 0
                                    

"Awak sebut tentang kunci... Apa maksud awak?" Puteri tiba-tiba bersuara setelah hampir separuh nasi di pinggannya habis dijamah. Nuqman yang sedari tadi asyik memerhatikan Puteri makan dengan penuh berselera sekali agak terkejut.

"Kunci?"

"Ya, kunci yang musuh Islam dapat bila mereka kaji sejarah Al Fateh." Puteri mengangguk tanpa mengangkat wajahnya. Tangannya terus menyuap nasi. Walau macammana pun mindanya berputar, seleranya tidak langsung terganggu.

Nuqman tersenyum. Dia tak menyangka Puteri berminat tentang itu secara mendalam. Malah tak terfikir olehnya yang Puteri masih ingat kata-katanya.

"Solat malam." Tangan Puteri terhenti menyuap. Itu je?

"Err... solat malam kunci kejayaan Al Fateh dengan tenteranya menawan konstantinopel?" Puteri benar-benar tak mengerti.

"Ya. Tulah kekuatan solat malam yang luar biasa. Di sepertiga malam, bila hamba Allah sanggup bangun dalam kesejukan, berwuduk menyucikan diri kemudian datang mengadap Allah. Sedangkan waktu tu paling best dapat peluk bantal, betul tak?" Nuqman memandang tepat ke wajah Puteri. Errkk! Terkejut disoal tiba-tiba, dengan soalan terkena batang hidung pula, Puteri terbatuk-batuk seketika. Dengan senyuman serba-salah, dia mengangguk-angguk.

"Bila musuh datang mengendap ke kawasan perkhemahan tentera Al Fateh, mereka terkejut tengok semua tentera bangun di sepertiga malam kemudian beribadah sampai ke subuh. Musuh jadi pelik sebab tentera Al Fateh tak letih sedangkan mereka sedang berperang. Itulah yang dikatakan abid di malam hari, singa di siang hari. Mereka solat taubat, solat tahajud, solat hajat dan merintih memohon pertolongan Allah. Itulah antara perkara utama yang Sultan Muhamad Al Fateh contohi daripada Rasulullah dan para sahabat."

"Maksudnya, mereka yang bangun malam tu dibantu Allah..."

"Tepat sekali!" Nuqman kagum. Hebat juga penghayatan anak manja Tan Sri.

"Allah yang sifat-Nya Maha Penyayang, manalah Dia tak jatuh kasih melihat hamba-Nya yang begitu sekali berkorban diri nak menagih perhatian-Nya. Kerana cintakan Dia, hamba-Nya sanggup korbankan tidur dan rehat nak mengadap-Nya. Bertaubat sentiasa. Merasa diri hamba, mengaku lemah, merintih harapkan pertolongan Allah. Sebab tu lah, permintaan mereka yang bangun malam dimakbulkan Tuhan. Kejayaan yang dibantu Tuhan memang luarbiasa. Itulah kunci kegemilangan Islam di tangan Rasulullah dan para sahabat sampailah kepada pemerintahan Uthmaniah." Penjelasan Nuqman jelas sejelas kristal.

Minda Puteri menelusuri perjalanan sejarah Al Fateh dan empayar Uthmaniah yang memang jelas dibantu Tuhan terutama dalam teknik peperangan mereka yang sangat bijak mengalahkan musuh. Yang disangkanya selama ini adalah kecerdikan akal semata-mata, rupanya pergantungan mereka kepada Tuhan yang menjadi rahsia.

"Ingat tak perang Badar? 313 orang je pejuang Islam, kan? Lawan 3000 orang musuh Islam. Logiknya boleh menang ke? Bulan puasa pulak tu. Tapi kalau dibantu Allah, tentulah menang besar. Untung jadi orang Islam yang ada kunci kekuatan untuk berjaya, tapi sayang tak ramai yang nak guna kunci tu. Lebih parah, bila orang Islam sendiri guna cara musuh sebab nak berjaya. Akhirnya jatuh, rugi dan musnah macam musuh jugak. Semua orang sibuk nak ikut cara Barat yang kononnya maju dan berjaya tapi tengoklah Barat, dah lama hancur dari dalam. Pun orang Islam masih tak nampak, kan?" Muka Puteri dipandang tepat.

Tanya aku? Nak jawab apa? Macam aku je yang dia cakapkan tu. Ada ke aku gunakan kunci tu selama ni untuk berjaya? Tak, kan? Jadi dia cakap pasal akulah tu. Aduh... mana nak letak muka ni! Dia tunduk diam tak terkata. Rasa pipi sudah panas membahang. Silap topik ni!

"Selain dari tu, mereka sangat cintakan Rasulullah. Macam para Sahabat, rindu dan sayang sangat-sangat pada Rasulullah sebab peribadi Rasulullah tu sendiri yang sangat sayangkan umatnya. Dan cinta Rasulullah pada Tuhan dah banyak terbukti dengan kemenangan demi kemenangan dalam Islam yang jadi contoh pada sahabat dan pejuang Islam. Macam yang saya katakan dalam Hagia Sophia tadi, pejuang seperti Al Fateh memang dilahirkan dan dibesarkan untuk memperjuangkan agama Allah. Jadi dia dididik supaya kenal betul-betul dengan Rasulullah dan para Sahabat. Sehinggakan sabda Rasulullah, 'Konstantinopel akan jatuh ke tangan Raja yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik', itu dijadikan fokus utama dalam hidup datuk Al Fateh, ayah Al Fateh, lepas tu diturunkan kepada Al Fateh. Macammana para Sahabat bertebaran di muka bumi nak merealisasikan sabda Rasulullah, macam tu lah Al Fateh. Al Fateh berusaha keras memastikan dirinya seorang raja yang baik, tenteranya baik dan rakyatnya baik. Saya baca sejarah Al Fateh berkali-kali tak jemu. Cinta Tuhan dan Rasul itulah kunci utama Al Fateh berjaya. Tapi yang tu, musuh tak nampak. Solat malam, sifat taqwa dan perjuangan mereka, itu yang musuh nampak. Itu semua sebenarnya hasil dari rasa cinta dan takutkan Tuhan." Nuqman semakin bersemangat bercerita.

MAKNA PADA RASAWhere stories live. Discover now